Thursday, May 5, 2011

Bila dap perintah

Kerajaan DAP Pulau Pinang kena buktikan keadilan untuk semua

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menunjukkan sikap tidak adil kepada rakyat berbilang kaum terutama kepada masyarakat Melayu yang di bawah jagaannya. Ini terbukti dalam pembahagian peruntukan untuk sekolah-sekolah di negeri itu.

Kalau dilihat dalam soal agihan peruntukan bantuan kepada sekolah agama rakyat, pada tahun lalu kerajaan DAP itu hanya memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta sahaja.

Berbeza dengan peruntukan yang diberi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina yang menerima RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000).

Sebagai mana yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua (Barisan Nasional) Datuk Jasmin Mohamed, peruntukan yang disediakan itu memang tidak adil.

Bagaimana sekolah agama rakyat yang mempunyai lebih ramai murid daripada SJK Tamil di negeri itu mendapat peruntukan yang tidak banyak bezanya.

Selain itu, kerajaan negeri hanya menambah RM50 sebulan dalam pemberian elaun untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa). Sedangkan Kerajaan Pusat memberikan sebanyak RM800 sebulan.

Selain isu peruntukan ke sekolah-sekolah, Ketua Menteri Lim Guan Eng juga cuba mempolitikkan wang ihsan RM100 yang didakwa diperoleh daripada hasil judi apabila enggan menerimanya kembali setelah dipulangkan oleh warga emas berjumlah RM23,700.

Kerajaan pimpinannya mahu memulangkan wang yang dikumpul oleh UMNO itu kerana mendakwa ia diserahkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut. Nampak sangat Guan Eng cuba mengalihkan isu wang ihsan kepada UMNO. Dalam isu peruntukan ke sekolah dan wang ihsan, ketidakadilan dan ketidakikhlasan memang jelas terpancar.

Kerajaan DAP Pulau Pinang memang tidak bersungguh-sungguh membantu orang Melayu dan Islam.

Ketua Menteri kena buktikan keadilan untuk semua kaum. Apa yang diheboh-hebohkan pimpinan DAP itu hanya dilihat bersifat mencari publisiti murahan.

Mereka meraih publisiti dengan memberi sedikit wang kepada warga emas dan menambah sedikit elaun kepada bilal dan siak tetapi pada masa yang sama tergamak meroboh gerai peniaga Melayu. Beginikah kerajaan yang dikatakan berjiwa rakyat?

Tiada siapa akan dapat melupakan sikap pilih kasih DAP dalam menangani isu peniaga tidak berlesen. Kerajaan DAP mengarahkan beberapa gerai milik peniaga Melayu yang beroperasi tanpa lesen dirobohkan, sedangkan perkara yang sama tidak dilakukan terhadap peniaga Cina yang tidak berlesen.

Malah banyak janji-janji atas nama mahu membela rakyat yang dilaung-laungkan DAP sebelum ini tidak dibuktikan melalui tindakan.

Tiga tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya sarat dengan retorik politik sehingga banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu diingatkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan ia juga ada peranan untuk memelihara martabat agama Islam di negeri itu dengan menggiatkan dan melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment