Pelatih PLKN lahirkan anak dalam kem
PASIR MAS 27 Mei - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cancun Park di sini ditahan kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan bayi itu mati di belakang sebuah asrama di kem tersebut, semalam.
Remaja perempuan berusia 18 tahun yang mendaftar pada 18 Mei lalu ditahan selepas penemuan mayat bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dan masih bertali pusat itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, mayat bayi itu ditemui seorang jurulatih kem tersebut kira-kira pukul 4 petang.
"Terdahulu sebelum mayat ditemui, pelatih itu dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) kerana mengadu sakit yang dipercayai akibat selepas bersalin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment