Haramkan minuman bergas
SAYA berpendapat cadangan larangan penjualan nasi lemak di sekolah adalah tidak wajar kerana punca obesiti pelajar bukan daripada hidangan tersebut. Apalah sangat hormon pelajar sekolah rendah. Berapa kerat sahaja yang obesiti.
Sepatutnya kerajaan menumpukan untuk mengharamkan atau menghadkan terus penjualan air bergas yang digemari kanak-kanak dan restoran makanan segera yang menyumbang kepada masalah obesiti yang sebenar.
Jumlah kalori dan gula yang terdapat pada air gas lebih berbahaya. Purata setiap pasar raya ada kedai makanan segera dan menjual air minuman bergas.
YANG PATUT HARAM
Klang
No comments:
Post a Comment