aya menerima emel berikut.
'Salam Mazidul.
Saya rasa gembira apabila mendapati dalam laporan 999 dua minggu kebelakangan ini mewar-warkan berita penangkapan warga Afrika, khususnya dari Nigeria yang semakin menjadi-jadi penipuannya.
Saya tertarik terhadap kes ini kerana saya telah lama mengikutinya, erana hampir jadi mangsa malah sering melayari internet untuk mengetahui taktik terbaru mereka. Namun apa yang menjadi keutamaan saya adalah untuk memberi makluman kepada warga wanita Malaysia bagaimana untuk mengesan Mugu, gelaran untuk scammers dari Afrika ini.
Sebenarnya modus operandi mereka sangat mudah dikesan i.e: cerita mereka hampir sama. Contohnya, isteri sudah meninggal dunia, kerja engineer, ada anak (watak yang digunakan untuk meminta bantuan) dan paling nyata, bentuk tatabahasa Inggerisnya. Misalnya, mereka suka guna 'am' contoh: 'am an engineer, am 40 years old, am single/divorced/widower (alasan untuk tatabahasa teruk, kononnya mereka dibesarkan dil uar negara/ibu atau bapa adalah rakyat asing) Mereka juga biasanya tidak suka menggunakan capitalization contoh: i worked in kl. Mereka juga cepat guna perkataan honey, sweetheart, baby, sweet etc kerana mereka biasanya menipu ramai wanita serentak dan tidak dapat 'to keep track' siapa yang ditipu itu. Saya juga suka mengesan scammer dengan menggunakan IP tracker! Paling mudah ialah jika email itu guna website yahoo.
Jika saudara Mazidul melayari website www.romancescam.com saudara tentu dapat melihat betapa teruknya nama negara kita dikaitkan dengan romance scammers ini sedangkan yang melakukannya kebanyakannya bukan rakyat negara ini. Sedih, geram, malu dan bengang saya dibuatnya.
Akhir kata, thanks for all the good work and keep it up!
Pepe'
Terima kasih kepada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kerana sudi bekerjasama dengan 999.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua kru saya, bertugas tanpa perasaan takut dan jemu, membantu pihak polis membongkar kes penipuan warga asing di negara kita.
Berkebetulan pada masa sama, saya menerima emel dihantar individu mendakwa bernama Laila Mohd Faisal, kononnya dia kini menetap di United Kingdom. Bertujuan melihat rentetan kaedah penipuan in progress, saya paparkan setiap emel diterima berserta respon saya kepadanya.
Bak kata pepatah Inggeris, it needs a thief to catch a thief.
Baca, bermula di sini.
No comments:
Post a Comment