Pelajar tahfiz tali barut penyeludup
Oleh Zuliaty Zulkiffli
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKIT KAYU HITAM: Upah lumayan antara RM1,000 dan RM2,000, mempengaruhi seorang pelajar lelaki di Maahad Tahfiz di negeri ini menjadi ‘tali barut’ dengan menyeludup 24 pendatang asing warga Myanmar ke negara ini.
Pelajar berusia 15 tahun itu dikatakan melakukan kegiatan itu seorang diri dengan masuk ke Thailand menggunakan pasport sebelum menjemput sekumpulan pendatang tanpa izin itu di negara jiran untuk dibawa masuk ke negara ini melalui lubang tikus.
Dia yang turut menyertai pendatang tanpa izin itu sanggup berjalan kaki dalam jarak yang jauh dan merangkak di bawah pagar berduri yang dipotong di pagar sempadan negara ini untuk menyusup masuk.
Bagaimanapun, cubaan mereka membolosi negara ini gagal apabila ditahan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Batalion 4, Rejimen Sempadan, awal pagi semalam.
Mereka ditahan kira-kira 500 meter dari pagar sempadan negara ini di ladang sawit dan menyusuri parit besar selepas berjaya merangkak seorang demi seorang di bawah pagar berduri sebelum berjalan kaki untuk mencari jalan keluar dalam cuaca gelap.
No comments:
Post a Comment