Monday, May 23, 2011

Gurl Pukul Gurl

Pelajar perempuan dakwa dipukul hingga rahang retak

Noraidawati Rasidi menunjukkan kesan bengkak di pipi adiknya yang mendakwa dipukul penghuni asrama akhlak di Jitra, Kubang Pasu, semalam.

KUBANG PASU 22 Mei - Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang ditempatkan sementara waktu di sebuah asrama akhlak di Jitra dipukul sehingga retak tulang rahang oleh dua penghuni asrama tersebut.

Rasidi Sulaiman, 55, berkata, anaknya yang berusia 15 tahun itu dimasukkan ke asrama tersebut sejak awal bulan ini kerana menjadi saksi untuk satu kes di mahkamah.

"Saya hanya tahu mengenai kejadian dia dipukul apabila dia menelefon kakaknya pada Jumaat lalu.

"Dia beritahu bahawa dia dipukul oleh dua orang senior pada Rabu dan dihantar ke Hospital Jitra oleh penyelia asrama pada Khamis untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Jitra, di sini hari ini.

Menurut Rosidi, dia kesal kerana kejadian itu berlaku di asrama tersebut yang sepatutnya melindungi anaknya tetapi sebaliknya dipukul hingga cedera.

Katanya, anak perempuannya itu masih dirawat di Hospital Jitra dan akan menjalani satu pembedahan pada Selasa depan.

"Dia kini tidak mahu lagi tinggal di asrama ini dan saya bersyukur kerana tempoh dia ditempatkan di asrama tersebut tamat pada hujung bulan ini," katanya.

Tambahnya, dia telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian itu dan berharap mereka yang memukul anaknya dikenakan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, mangsa yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik mendakwa, dia dipukul oleh dua penghuni asrama tersebut di surau setelah dia merungut apabila disuruh membasuh pinggan mangkuk mereka.

"Saya ada merungut kerana asyik disuruh basuh pinggan mangkuk mereka dan selepas saya masuk ke surau dua orang senior tampar pipi dan tolak saya hingga terjatuh," dakwanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini, siasatan masih dilakukan dan belum ada tangkapan dibuat," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment