Sindiket kebas besi tangga dikesan
Tarikh : November 13, 2011
Tinjauan mendapati hampir sebahagian besar pemegang besi tangga di beberapa blok di kawasan perumahan itu telah hilang.
Seorang penduduk, Mohd Juri Gapo, 37, berkata, misteri kehilangan besi pemegang tangga itu sudah lama berlaku.
“Masalah besi tangga hilang semakin menjadi-jadi, berdasarkan pemeriksaan besi-besi ini bukan tertanggal sebaliknya dicabut atau dipotong,” katanya.
Sebagai penduduk, Mohd Juri kesal dengan keadaan itu yang dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang turut menyewa di kawasan sama.
Bagi Mohd Othman Karman, 4, pula masalah itu boleh menyebabkan penduduk terjatuh terutama kanak-kanak dan warga emas.
“Kita sudah adukan masalah ini kepada pihak berwajib termasuki pengurusan bangunan, namun keadaan tetap tidak berubah,” katanya.
Menurutnya, masalah itu diharap diatasi sebelum mengorbankan nyawa penduduk.
Warga emas, Norshafiq Ishak, 60, berkata, masalah ketiadaan pemegang tangga menyusahkan golongan sepertinya.
“Kalau naik tangga kenalah ada pemegang, jika tidak susah untuk kami atau orang kurang upaya gunakan kemudahan ini,” katanya.
Tambahnya, keadaan juga akan menjadi lebih bermasalah sekiranya berlaku situasi cemas seperti kebakaran.
No comments:
Post a Comment