Thursday, November 3, 2011

kembar siam

Kembar siam Filipina dipisahkan


ANGELICA dan Angelina Sabuco sebelum dibedah di Amerika Syarikat, kelmarin. - REUTERS


SAN FRANCISCO 2 Nov. - Sepasang kembar siam perempuan berusia dua tahun yang dilahirkan di Filipina selamat dipisahkan oleh sepasukan pakar bedah Amerika Syarikat (AS) di sebuah hospital di Palo Alto, utara California semalam.
Pasukan 20 doktor dengan bantuan kira-kira 20 petugas di Hospital Kanak-Kanak Lucile Packard menjalankan pembedahan selama 10 jam untuk memisahkan Angelina dan Angelica Sabuco yang bercantum di bahagian dada dan perut.
"Saya bersyukur kepada Tuhan atas segala-galanya, tetapi tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan kami sekeluarga mengenai kejayaan memisahkan kembar kami, Angelica dan Angelina," kata ibu mereka, Ginady Sabuco.
Ketua pakar bedah, Gary Hartman berkata, mereka menjangka kanak-kanak itu pulih sepenuhnya.
"Keupayaan mereka untuk pulih sangat tinggi, dan dalam jangka panjang, kami menjangkakan mereka menjadi sepasang kanak-kanak perempuan yang sihat dan ceria," kata nya.
Kembar tersebut yang dijangka mula sedar hari ini akan terus ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama seminggu dan berada di hospital seminggu lagi selepas itu jika tidak timbul sebarang komplikasi, menurut pihak hospital.
Pakar bedah plastik, Peter Lorenz yang mengetuai prosedur pembentukan semula tisu berkata, hanya sedikit tanda yang akan menunjukkan kembar itu pernah bercantum.
Kembar yang genap berusia dua tahun pada Ogos lalu itu bercantum di bahagian dada dan abdomen tetapi mempunyai otak, jantung, buah pinggang, perut dan usus berasingan. - AFP

No comments:

Post a Comment