Friday, November 4, 2011

kenapa perempuan mudah kena tipu

Jurugambar video wanita ditipu RM20,000 oleh kenalan Facebook

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MUAR: Seorang jurugambar video wanita kerugian RM20,000 akibat terpedaya dengan lelaki warga asing yang dikenali melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohamad Nasir Ali berkata wanita berumur 38 tahun itu telah dihubungi kenalan lelaki dari United Kingdom pada 23 Okt lalu yang menyatakan akan mengirim bungkusan barangan berharga termasuk emas dan wang tunai kepadanya.

Katanya pada 31 Okt, mangsa menerima telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai anggota kastam bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memaklumkan dia dikenakan bayaran RM12,000 untuk urusan cukai bagi barangan yang dikirimkan itu.

Tanpa usul periksa, mangsa telah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun yang diberikan wanita itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohamad Nasir berkata, pada hari berikutnya mangsa diminta menambah bayaran sebanyak RM15,000 lagi kerana jumlah yang dibayar sebelum ini tidak mencukupi.


"Setelah tawar menawar, akhirnya mangsa bersetuju membayar wang tunai sebanyak RM8,000 lagi dengan cara deposit tunai," katanya dan menurutnya wanita itu kemudian membuat laporan polis setelah menyedari dirinya ditipu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran daripada orang yang tidak dikenali di internet. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment