Bimbang sakit jantung pada malam pertama
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Lelaki berusia yang berkahwin dengan wanita muda dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling seksual daripada pakar.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Profesor Madya Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, ini penting kerana mereka perlu tahu tahap kesihatan, terutama jantung, tekanan darah dan paras gula dalam darah.
“Ada kalanya lelaki lanjut usia akan berdepan risiko jantung akibat terlalu gembira ketika bersama pasangan pada malam pertama.
“Sekurang-kurangnya ia turut membantu pasangan mendapat nasihat bagi memastikan kesejahteraan keluarga dan mengelak isteri tidak berpuas hati dengan layanan suami,” katanya.
Sambil tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan perkahwinan membabitkan warga emas dan wanita muda serta perancangan menambah cahaya mata sebagai langkah kurang bijak, beliau berkata, ia hanya pendapat individu semata-mata.
“Malah, tidak mustahil pasangan berkenaan memperoleh cahaya mata sekerap mungkin selagi si suami tidak mempunyai masalah kesihatan lain,” katanya.
Dr Shaiful Bahari berkata, proses pembentukan sperma dalam lelaki berlaku seumur hidup hingga terus mampu melakukan hubungan intim dengan pasangan lebih muda untuk memperoleh zuriat.
“Bagi lelaki, berumur 70 atau 80 tahun, ia bukan penghalang kerana mereka masih bertenaga dan memiliki kesuburan, ditambah dengan pasangan yang jauh lebih muda,” katanya.
No comments:
Post a Comment