Wanita rakam nahas terkejut mangsa suami
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEREMBAN: Seorang wanita yang merakam gambar kemalangan terkejut apabila menyedari mangsa adalah suaminya yang maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Razak Abdul Rahman, 41, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum digilis lori.
Jurucakap polis berkata, isteri mangsa, Salwana Ibrahim, 38, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang memberhentikan kenderaan selepas melihat kesesakan teruk di jalan terbabit.
“Bagaimanapun, sebaik asyik merakam gambar kemalangan itu, Salwana dikejutkan dengan penemuan topi keledar suaminya. Ketika itu dia menyedari mangsa kemalangan itu suami yang dikahwininya hampir 17 tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Bahau dalam perjalanan ke rumahnya di Seremban Selatan, di sini, dirempuh sebuah kereta sebelum digilis lori tidak bermuatan.
“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergesel sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berhampiran kilang MCIS menyebabkan mangsa terperosok ke bawah lori dan mati di tempat kejadian kerana parah di muka dan kepala.
Click Here
“Bagaimanapun, polis kini mengesan pemilik kereta terbabit yang melarikan diri sebaik melanggar mangsa,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, adik mangsa, Rashid Abdul Rahman, 37, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan kakak iparnya dan bergegas ke hospital.
“Kami sekeluarga reda, mungkin Allah lebih menyayanginya,” katanya. Rashid berkata, mangsa anak kelapan daripada sembilan adik beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seremban Selatan, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment