Monday, October 18, 2010

Tak Sempat Nak Kawin Da Kena cekup

Penyamun ditahan dua hari sebelum hari perkahwinan

ALOR SETAR 17 Okt. - Impian seorang pemuda melangsungkan perkahwinannya pada tarikh 10.10.10 baru-baru ini, berkecai setelah dia ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di stesen-stesen minyak sekitar Kota Setar, Jitra dan Kangar, Perlis.

Lelaki berusia 22 tahun itu dicekup polis dua hari sebelum tarikh pernikahannya di sebuah rumah di kawasan Gunung Keriang di sini.

Malah, lelaki tersebut juga dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam satu kes rogol di Kuala Nerang pada 2008.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, suspek bersama seorang lagi rakannya berusia 25 tahun bergiat aktif dalam kegiatan samun stesen minyak sejak penghujung April lalu.

"Mereka merupakan sahabat baik dan suspek berusia 25 tahun itu ditahan terlebih dahulu kira-kira pukul 5.30 petang di sekitar Pokok Sena pada 7 Oktober lalu.

"Sehari selepas itu, kami berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 22 tahun yang dikatakan akan berkahwin pada 10.10.10," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Ketua Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Supritendan Zamani Shahrudin.

Menurut Ghafar, sejak April sehingga Oktober ini, 19 buah stesen minyak di daerah Kota Setar, Jitra, Perlis dan sebuah kedai serbaneka di Pokok Sena telah disamun oleh mereka dan nilai keseluruhan kerugian ialah RM35,000.

"Antara senjata digunakan oleh mereka berdua adalah parang, pisau dan dua pucuk pistol tiruan.

"Seorang juruwang di sebuah stesen minyak di sini juga telah ditikam di bahagian belakang oleh suspek kerana enggan menyerahkan wang," ujarnya.

Ghafar berkata, modus operandi mereka adalah menjadikan stesen-stesen minyak yang tidak mempunyai pelanggan pada waktu itu sebagai sasaran.

No comments:

Post a Comment