Saturday, October 16, 2010

Kenap Suka Main Kutu

Kutu: 4 lagi pemilik syarikat didakwa

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Selepas sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam atas dakwaan menganjurkan pelaburan wang kutu melalui 'Program Ekspres', hari ini empat ahli perniagaan turut didakwa terlibat dengan pasangan itu dalam penganjuran kegiatan tersebut.

Mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Sharin Mohamad.

Rosnani Rahim, 32, pemilik syarikat Kristal Karisma Enterprise didakwa menggunakan syarikatnya itu untuk menganjurkan pelaburan wang kutu tersebut.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di No. 5-3, Jalan 15/48A, The Boulevard Shop Office, Persimpangan Jalan Sentul di sini antara 19 November 2008 dan 29 April lalu.

Sementara tiga lagi, Rimahyon Sanuri, 39; Salina Ahmad, 45; dan Ma'amor Kamaruddin, 45, yang merupakan pemilik bersama syarikat Al Falah Global Resources yang beralamat di No.325A, Melawati Square, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati di sini masing-masing menghadapi dua tuduhan serupa.

Mereka didakwa bersubahat dengan Rosnani menggunakan perniagaan untuk menganjurkan program tersebut di tempat yang sama antara 4 November 2009 dan 29 April lalu.

Bagi tuduhan seterusnya, ketiga-tiga mereka didakwa selaku pemilik syarikat tersebut bersubahat dengan pemilik syarikat World Heritage Resources, iaitu Rahimah Rahim, 39, dan suaminya Sabbri Yusof, 49, melakukan perbuatan yang serupa.

Pada 28 September lalu, Rahimah dan Sabbri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menganjurkan program kutu tersebut.

No comments:

Post a Comment