Friday, October 15, 2010

Denda Berbogel

Lelaki gemar tayang tubuh bogel didenda


2010/10/15

MELAKA: Seorang lelaki yang kelihatan normal pada zahirnya bukan saja memiliki perangai jelik gemar berbogel ketika bersendirian di rumahnya, malah tanpa segan-silu menayangkan tubuh bogelnya sambil berbaring di atas lantai kepada wanita penuntut institusi pengajian tinggi di apartmen sama dengan membiarkan pintu rumah terbuka.

Terkejut dan tidak tahan dengan perbuatan jijik lelaki itu, seorang wanita berusia 23 tahun membuat laporan polis berhubung perbuatan lelaki itu, Teh Zhi Yong, 28, (tertuduh) hingga dia diberkas polis.

Teh dijatuh hukuman denda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.


Berdasarkan pertuduhan, Teh yang menetap di A2-13, Apartmen Jayamuda, Jalan Ong Kim Wee, dekat sini, didakwa dengan sengaja mempamerkan tubuh badan dalam keadaan bogel kepada pengadu, di rumahnya kira-kira jam 8 pagi pada 27 September lalu.


Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100.


Berdasarkan fakta kes dikemukakan secara lisan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi, ketika pengadu turun dari rumahnya di Apartmen Jayamuda untuk menghadiri kelas dan tiba di hadapan rumah Teh, dia mendapati pintu rumah terbuka dan lelaki itu berbaring di lantai dalam keadaan bogel.


Rosli berkata, pengadu menyatakan perkara berkenaan banyak kali berlaku dan tertuduh didapati sengaja membuka pintu depan apabila dia atau rakannya lalu di depan rumahnya, lalu membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment