Sunday, October 17, 2010

Kembar


Kembar lain warna kulit


2010/10/10

SEKILAS pandang, mereka hanya kelihatan seperti sekumpulan kanak-kanak yang girang. Namun, mereka sebenarnya bukan setakat rakan sepermainan, sebaliknya sepasang kembar lelaki, dua sepupu mereka, kedua-duanya perempuan.


KELUARGA BAHAGIA... (duduk kiri ke kanan) Sonia dan Sharon. Di belakang (dari kiri) Cameron bersama bapanya, Philip Bradley dan kembarnya, Kyle, Kayleigh bersama bapanya Malcolm Holloway dan adik, Paige.
Anak kembar Sonia yang kini berusia lima tahun, Cameron dan Kyle, mempunyai personaliti yang sungguh berbeza. Cameron berkulit dan rambut keriting hitam manakala adiknya berkulit putih dan berambut perang.


Sepupu mereka yang lebih tua juga mempunyai ciri berlainan dengan Paige yang berusia tujuh tahun berkulit dan berambut hitam, bertentangan dengan adiknya, Kayleigh, lima, yang berkulit putih, mata biru dan rambut perang.


Ibu mereka, Sharon, berkahwin dengan lelaki kulit putih, Malcolm Holloway, 32. Bapa kanak-kanak lelaki kembar itu, Philip Bradley, juga berkulit putih.


Sonia, 40, yang berasal dari Erdington, Birmingham berkata: “Saya benar-benar terkejut apabila kedua-dua mereka dilahirkan.

“Cameron dilahirkan dulu dan kemudian saya nampak sepasang kaki dan pinggul putih. Saya bertanya dalam hati, ‘Apa sudah terjadi?’ Doktor memberitahu saya, ia perkara pelik tetapi bukan tidak pernah berlaku.


“Sekali pandang, orang ramai tidak akan menyedari Cameron dan Kyle pasangan kembar, lebih-lebih lagi mereka tidak seiras.


“Namun apabila saya memberitahu bahawa anak saya adalah kembar, mereka merenung kanak-kanak itu sekali lagi dan baru menyedari ada persamaan. Mereka periang dan sungguh bertenaga.” Hubungan antara kanak-kanak itu sungguh rapat dan mereka seronok menghabiskan masa bersama, bermain permainan komputer, bola sepak dan berlumba basikal.


Sharon, 35, dari Birmingham berkata: “Kanak-kanak itu kadangkala bertanya mengapa seorang daripada mereka berkulit gelap dan yang satu lagi putih. Saya akan memberitahu mereka, Paige mempunyai wajah seperti saya sementara Kayleigh pula memiliki iras bapanya.” Katanya lagi: “Ketika mereka lebih kecil, orang ramai merenung saya dengan pandangan pelik dan apabila kami bercuti, orang ramai menyangka kedua-dua kanak itu hanya kawan baik.


“Saya tidak peduli dengan pandangan orang ramai dan kami tidak akan menukar anak kami walaupun ditawarkan dengan kekayaan.” Profesor genetik di Kolej Universiti London, Steve Jones berkata, kanak-kanak itu mempunyai kulit berbeza hanya kerana Paige dan Cameron mewarisi gen ibu mereka sementara Kayleigh dan Kyle lebih banyak mewarisi gen bapa mereka.


“Ia fenomena biasa yang mengejutkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment