Wednesday, October 13, 2010

Pelik Betul Hobi

Hobi pelik gadis bawa padah


2010/10/12

SUBANG JAYA: Hobi pelik seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun memecah masuk rumah penduduk di kediamannya sebelum melarikan barangan berharga mengundang padah apabila dicekup penduduk sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin.

Dalam kejadian pada 7.30 petang di sebuah pangsapuri di Subang, pelajar itu ditahan selepas kelibatnya dilihat penduduk ketika keluar dari rumah seorang mangsa dalam keadaan mencurigakan.

Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, mengesahkan menerima laporan itu dan penahanan pelajar perempuan itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan di bawah Seksyen 308 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment