Sunday, October 24, 2010

Ela

Ella ke Rusia

ELLA

MASIH terbayang-bayang di mata Diva akan kehebatan Ratu Rock ini membuat persembahan di mana sahaja dia berada. Terbaru, Diva rasa teruja melihat persembahannya di konsert Red On Black. Sungguh bertenaga dan kekal segar.

Habis sahaja persembahan mantap di Kuantan, teman Diva dibisikkan satu cerita menarik, kata sumber Ella akan terbang ke Moscow untuk mengadakan sebuah persembahan bersama grup Love Beggars.

Minggu lepas, sumber yang sama iaitu Jai Kanth telah memberi pengesahan kepada teman Diva bahawa Ratu Rock kita akan terbang ke Moscow, Rusia untuk sebuah persembahan yang digelar Tiger Summit. Persembahan tersebut adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap harimau yang kian pupus akibat menjadi mangsa pemburu liar.

Dengarnya Ella dan KRU serta kumpulan iringannya, Love Beggars akan berada di Moscow dari 21 November hingga 28 November. Ujar Jai, selain membuat persembahan Ella juga akan memperkenalkan muzik Malaysia. Mereka dijadual menjelajah negara tersebut untuk menimba pengalaman dan melihat kecantikan negara luar.

Diva tumpang bangga dengan pencapaian Ratu Rock kita. Walau pun seperti diam sahaja namun diamnya ubi berisi. Ada sahaja yang digerakkan Ella bagi memantapkan lagi perjalanan seninya. Tahniah Ella. Diva nak ikut, boleh?

No comments:

Post a Comment