Sunday, October 24, 2010

Terrakam Gambar Hantu

Rakam jamming nampak 'hantu'
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sebuah keluarga mengikuti sesi ‘jamming’ di sebuah studio di ibu kota baru-baru ini, bertukar menjadi pengalaman menyeramkan dengan kemunculan lembaga menyerupai hantu.

Kemunculan lembaga berjubah putih berambut panjang itu dirakam menerusi video digital milik suri rumah, Sabaryah Abdul Wahid, 29, ketika merakam aksi suaminya, Norzamri Ali Budin, 31, serta rakan mereka berlatih muzik pada malam sekitar jam 1 pagi.


Sabaryah berkata, dia dan suaminya terkejut melihat kehadiran lembaga terbabit sebaik menonton semula rakaman di rumah.


“Memang kami sekeluarga selalu mengikuti sesi jamming suami dengan rakannya dan merakamnya sebagai kenangan.


“Namun tak sangka pula, dalam sesi jamming yang kami ikuti di sebuah studio baru-baru ini turut disertai lembaga berjubah putih,” katanya, semalam.


Jelasnya, rakaman video itu dibuat selama sejam setengah tapi tidak menyangka pada 10 minit terakhir, bayangan makhluk berjubah putih dan berambut panjang itu dapat dilihat.


Norzamri pula berkata sebaik melihat rakaman itu semula, anak ketiganya, Siti Aishah Norzamri, 7, mengakui dia melihat kehadiran makhluk berkenaan dan terdiam kerana takut.


“Ketika melihat kali pertama, saya kurang yakin sangat dengan video itu kerana menyangka mungkin bayangan, tetapi bila anak saya mengesahkan turut melihatnya, baru saya pasti ia makhluk lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment