Wednesday, October 12, 2011

impikan 2 juta rugi juta2

Harap RM2.8j rugi RM75,000

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Terpedaya dengan cek bernilai RM2.8 juta, dua lelaki kerugian RM75,000 selepas menyerahkan wang tunai berkenaan kepada seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai memukau mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang 11 September lalu, mangsa bersalam dengan lelaki terbabit yang beria-ia mahu membantu membeli nombor ekor dengan harga RM23 bagi memenangi hadiah jutaan ringgit ketika dia berkunjung ke sebuah premis nombor ramalan di Sungai Way, di sini.

Mangsa, C Manogaranathan, 62, berkata lelaki Indonesia itu menyerahkan sekeping kain kepadanya dan meminta dia memberi wang sebelum seorang lelaki Cina di premis itu memberi RM5 bagi berkongsi kemenangan.
Katanya, lelaki Indonesia terbabit kemudian membeli nombor ekor dan menyerahkan sekeping kertas kepadanya supaya menyimpan di rumah bagi menambahkan kemujaraban.

“Pada 13 September lalu, lelaki itu menghubungi saya untuk berjumpa di tanah perkuburan Islam di kawasan berhampiran bagi upacara sembahyang neneknya untuk memohon doa supaya nombor ekor dibeli memenangi hadiah utama.

“Saya dan lelaki Cina itu kemudian pergi ke tanah perkuburan dimaksudkan bersama lelaki terbabit dan melihat upacara sembahyang yang dilakukan sebelum lelaki itu meminta RM75,000 daripada kami,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way selepas mendapati dirinya ditipu.

Beliau berkata, selesai upacara sembahyang, lelaki itu memberitahu neneknya mahu RM75,000 bagi didermakan kepada anak yatim dan pada masa sama akan menyerahkan cek RM2.8 juta yang bakal dimenangi mereka.

“Saya menyerahkan wang simpanan RM50,000, manakala lelaki Cina itu memberi RM25,000 bagi pertukaran cek yang ditunjukkan lelaki itu.
“Selepas memberi wang itu, lelaki terbabit meminta tambahan RM50,000 lagi sekiranya mahu mengambil cek yang dibawanya dan saya memberi alasan tiada wang,” katanya.

Sementara Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

No comments:

Post a Comment