Sunday, October 16, 2011

masih ada kena tipu dalam internet

 BOLEH JADI ANDA TIDAK PEKA PADA BERITA SEMASA...

 

183 kes penipuan internet

KUANTAN 15 Okt. – Sebanyak 183 kes penipuan menerusi internet dilaporkan berlaku di negeri ini melibatkan kerugian RM1.5 juta dalam tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Thomas Navamoney (gambar) berkata, ia berlaku apabila mangsa tidak menyedari telah mendedahkan maklumat perbankan kepada ahli sindiket menyebabkan wang simpanan mereka dipindahkan ke akaun pihak ketiga.
Menurutnya, dalam kes terbaru pada hujung bulan lalu, seorang wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 40-an ditipu oleh sindiket terbabit menyebabkan masing-masing kerugian RM400,000.
“Modus operandi kumpulan itu lebih kurang sama iaitu mangsa mendapat panggilan telefon daripada Bank Negara Malaysia mengatakan mereka perlu segera memindahkan wang ke dalam sebuah akaun lain bagi mengelakkan didakwa melakukan aktiviti penggubahan wang haram di Hong Kong.
“Beberapa minit kemudian mangsa mendapat panggilan serupa daripada pegawai polis dari Bukit Aman termasuk panggilan daripada polis Hong Kong untuk menguatkan dakwaan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, semalam.
Katanya, mangsa yang panik menerima panggilan itu menuruti arahan pemanggil terbabit sebelum kesemua wang di dalam akaun mereka lesap.

No comments:

Post a Comment