Wednesday, October 26, 2011

lesap lepas pinajam berjuta2

Saksi komplot pinjaman dipanggil

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Polis telah memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan sebuah bank tempatan yang kerugian RM37 juta melalui satu komplot pinjaman terancang, dua tahun lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md. Isa (gambar) berkata, jenayah itu didalangi oleh pihak yang menyamar sebagai pemilik daripada dua syarikat tempatan.
Tambahnya, syarikat-syarikat itu menjalankan perdagangan am serta membuat penghantaran barangan kepada pembeli dari luar negara.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan latar belakang komplot berkenaan kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.
“Kes itu masih dalam siasatan sejak dilaporkan pada 2009. Siasatan agak mencabar kerana melibatkan beberapa syarikat pembeli dari luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini mendedahkan sebuah bank tempatan rugi teruk dalam tempoh 26 tahun beroperasi selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.
Menurut sumber polis, setelah pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009, syarikat itu tiba-tiba lesap tanpa membuat pembayaran balik.
Tajuddin berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

No comments:

Post a Comment