Monday, October 10, 2011

sewa rumah pun kerajaan nak bantu

RM339,000 untuk bantuan sewa rumah orang miskin


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama Mohamad Hasan menyampaikan kerusi roda kepada salah seorang penerima bantuan pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Rembau, kelmarin.


REMBAU 9 Okt. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM339,000 kepada lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjayakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di negeri ini, tahun ini.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, peruntukan tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah 228 keluarga miskin bandar yang berdaftar di bawah senarai e -Kasih.
Beliau berkata, sejumlah RM11,904 disalurkan kepada Majlis Daerah Rembau untuk diagihkan kepada lapan keluarga yang layak.
"Bantuan sewa rumah yang sinonim dengan PPKB masih disalurkan kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang menyewa agar mereka mempunyai tempat tinggal selesa," katanya ketika berucap pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Raja Nong Chik, di negeri ini, seramai 96 orang ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) telah mengikuti program latihan kemahiran dan keusahawanan yang dilaksanakan awal tahun ini.
"Daripada jumlah itu, hampir 79 peratus daripada mereka kini telah menjana pendapatan hasil daripada latihan yang diterima," ujarnya.
Beliau menambah, sebahagian daripada peserta latihan berkenaan berjaya menjana pendapatan antara RM400 hingga RM4,000 sebulan selepas membabitkan diri dalam perniagaan burger, asuhan kanak-kanak dan jahitan.
"Apa yang memberansangkan ialah mereka mampu memperoleh pendapatan yang tinggi dalam tempoh satu hingga tiga bulan selepas mengikuti latihan kemahiran," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment