Saturday, October 8, 2011

belanja dulu baru samun

Belanja teh tarik sebelum samun

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

KLANG – Tiga penjenayah layak digelar penyamun sengkek apabila tergamak melarikan barang kemas dan wang RM400 milik sepasang suami isteri orang kelainan upaya selepas memberi mereka minum teh tarik mengandungi bahan khayal dalam kejadian di Bukit Kuda di sini Rabu lalu.

Bukan itu sahaja, penyamun tidak berhati perut itu juga bertindak meninggalkan pasangan bisu masing-masing berusia 68 tahun itu di tepi jalan di kawasan Rawang selepas melakukan samun.

Sumber memberitahu, kejadian pukul 1 petang itu berlaku apabila pasangan itu didatangi dua wanita berusia lingkungan 20-an sejurus mereka keluar dari sebuah klinik.

Katanya, suspek kemudian mengajak mangsa menaiki kereta dan mengatakan mereka sanggup menghantar mereka pulang.

“Mangsa pada mulanya menolak ajakan tersebut tetapi akhirnya akur selepas suspek berkeras.

“Kereta yang dipandu seorang lagi lelaki kemudian menuju ke Klang sebelum berhenti di sebuah restoran di Jalan Pos Baru di sini,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian diberi minum teh tarik yang telah dicampur bahan khayal menyebabkan kedua-dua mangsa pengsan.

Menurut sumber itu, mereka kemudian dibawa ke satu kawasan terpencil di Rawang sebelum suspek menyamun pelbagai barang kemas termasuk rantai perkahwinan, cincin dan anting-anting mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

No comments:

Post a Comment