Thursday, October 6, 2011

guru pun menggangur

Guru-guru Bahasa Inggeris tertekan setahun menganggur

GURU TERANIAYA

SAYA mewakili beratus pelajar TESL tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami.

Lebih setengah tahun kami menganggur. Bayangkan, guru menganggur sebegini lama? Ia belum pernah terjadi. Enam tahun kami belajar dalam bidang ini dan ini yang kami terima.

Pengangguran beramai-ramai. Apabila kami hubungi KPM, mereka tak tahu nak jawab apa. Kononnya sebelum 10 Oktober kami akan ditempatkan di sekolah. Tapi semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong cakap tidak tahu bila?

Pihak KPM perlu fikir, ada di antara kami yang merupakan anak sulung atau anak tunggal dan keluarga bukan dari golongan senang. Malahan ada juga ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan rawatan.

Mereka mahu cepat ditempatkan di sekolah-sekolah supaya nanti boleh buat pinjaman untuk menampung kos rawatan.

Kami sukar mendapat kerja kerana majikan mahukan pekerja yang boleh bekerja dalam jangka masa yang lama sedangkan kami tidak tahu selama mana kami boleh bekerja kerana terikat dengan kontrak KPM dan akan dipanggil bila-bila masa sahaja.

Dan sekiranya kami tidak bekerja dengan KPM, kami perlu membayar sebanyak RM130,000 untuk membatalkan kontrak. Ini tidak masuk akal kerana kami dibiarkan sebegini lama dan tidak boleh bekerja.

Diharapkan luahan perasaan kami ini dapat disiarkan dan mendapat perhatian pihak KPM.

1 comment:

  1. kes macai2 tegar KERAjaan makan duit haram berbilion2 takde hal, ni plak nak paksa rakyat bayar ganti rugi 100k lebih ptuihhhhh natang haram jadah umngok be end babi!

    ReplyDelete