Sunday, October 16, 2011

terlalu gembira pertanda maut

Kegembiraan bawa maut

Oleh NORASIKIN DAINEH
norasikin@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOTA KINABALU: Kegembiraan seorang warga emas memperoleh hasil tangkapan di Sungai Petagas berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila dia lemas di depan rakan lain, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 10 malam ketika Saiful Mohd Arif, 55, hanyut sebelum tenggelam ke dasar sungai apabila beberapa rakan yang menjala bersamanya gagal membantu walaupun berusaha menyelamatkan mangsa.

Mangsa dipercayai cuba mengambil besen yang hanyut di sungai itu sebelum dia turut dibawa arus deras lalu tenggelam.
Menurut saksi, Jubita Asik, 49, dia sempat menghulurkan buluh tetapi gagal dicapai mangsa kerana jaraknya semakin jauh hingga ke tengah sungai.

“Saya dan anak berusaha menyelamatkan Saiful tetapi buluh yang dihulurkan tidak dapat dicapai manakala suami saya pula ingin berenang untuk membantu tetapi kami melarang kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, mereka bersiap untuk balik kerana mendapat hasil tangkapan lumayan, namun besen mangsa terlepas ke sungai.

“Mangsa cuba mengambil besen yang hanyut namun ia semakin jauh sehingga dia terpaksa berenang ke tengah,” katanya sambil menjelaskan, mangsa adalah rakan baik suaminya.

Sementara itu, Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sembulan, Donny Ambau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.20 malam daripada rakan mangsa.
“Sebaik menerima panggilan, kita menghantar anggota ke tempat kejadian, namun usaha menyelamat tidak dapat dilakukan kerana keadaan semakin gelap.

“Mayat mangsa ditemui jam 6.30 pagi selepas operasi dimulakan seawal jam 6 pagi oleh pasukan penyelamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment