Monday, October 17, 2011

curi lori sampai patah kaki

Padah curi lori waktu subuh


SEORANG pegawai polis menunjukkan lori lima tan yang ditemui semula selepas cuba dicuri seorang lelaki di Jeli, Kelantan pada Jumaat lalu.


JELI – Perbuatan jahat seorang lelaki yang melarikan sebuah lori milik seorang peniaga berbalas apabila dia bukan sahaja dapat ditahan malah, kaki kanannya patah ketika melompat dari kenderaan itu dalam cubaan melarikan diri di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah, Jumaat lalu.
Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku apabila lori yang sedang dilarikan suspek berusia 33 tahun itu dikepung di Tanah Merah oleh polis dan sebuah kumpulan pencegah jenayah setempat, Sahabat Keselamatan Tanah Merah-Machang-Jeli (SKTMJ) yang melancarkan operasi mencari sebaik menerima laporan.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azahar Sheik Omar berkata, sebaik ternampak polis, suspek terus terjun dari lori seberat lima tan tersebut menyebabkan kaki kanannya patah.
Katanya, sebelum itu, suspek didakwa telah mencuri lori seorang peniaga berusia 48 tahun pada pukul 5.45 pagi di sebuah rumah kedai di bandar Jeli.
“Pengadu yang bangun untuk solat Subuh di surau berdekatan hairan apabila terdengar bunyi enjin lorinya dihidupkan. Sebaik dia keluar, dia cuba membuka pintu kenderaan itu tetapi gagal sebelum dia masuk semula untuk mengambil kunci.
“Bagaimanapun, ketika dia keluar semula, dia dapati lorinya telah lesap sebelum membuat laporan polis dan menghubungi SKTMJ untuk menjejaki kenderaan miliknya itu,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment