Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Thursday, October 6, 2011
menabung 10 tahun boleh naik haji
Azid Kassim yang duduk atas kerusi roda dibantu anggota St John Ambulans ketika beratur sebelum menaiki kenderaan khas di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.
GEORGETOWN 5 Okt. - Seorang tukang masak, Rohmah Husin yang menyimpan wang gajinya sejak 10 tahun lepas bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Rohmah, 63, berasal dari Yan, Kedah yang berkerusi roda kerana tidak boleh berjalan ekoran kakinya bengkak dan sakit jantung berlepas ke tanah suci bersama anaknya, Ahmad Muslim Mustafa, 38.
"Sudah lama makcik mengumpul wang dan tunggu untuk tunaikan haji, bila tahun ini dapat pergi tak tau nak cakap apa... sangat gembira.
"Makcik harap diberikan kesihatan yang baik agar dapat mengerjakan haji dengan sempurna di sana nanti," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Meraikan Keberangkatan 447 Jemaah Kumpulan Pertama Haji Stesen Bayan Lepas di sini, hari ini.
Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Sharif serta Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Ahmad Ruzman Ahmad Rozali.
Penerbangan membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah mula beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, hari ini.
Beliau berkata, penerbangan dari LTAPP melibatkan 3,576 jemaah haji zon utara iaitu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
"Penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah.
"Penerbangan terakhir dari Pulau Pinang pada 19 Oktober ini," katanya. - BERNAMA
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment