Saturday, October 8, 2011

restoran berahi

Usah sedia ‘hidangan berahi’ laris warung

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Tidak perlu menggunakan cara yang salah dengan mengadakan tarian ‘gelek berahi’ semata-mata mencari keuntungan. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan bagi melariskan perniagaan asalkan tidak menyalahi undang-undang,” kata Presiden Persatuan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah.

Beliau mengulas laporan akhbar Harian Metro, 1 Oktober lalu, mengenai sebuah warung di Jalan Ampang, di sini, yang menyediakan persembahan tarian beraksi ghairah selain karaoke secara terbuka bagi menarik perhatian pelanggan berkunjung ke warung terbabit.


Lebih buruk, warung terbabit didirikan berhampiran dengan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh mengakibatkan risiko litar pintas pada bila-bila masa dan berbahaya kepada pengunjung.

Mohd Ridzuan berkata, tindakan seperti itu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kesan kepada pengunjung gerai terbabit.


“Peniaga berhak melakukan apa juga cara untuk melariskan perniagaan, tapi perlu mengikut landasan betul tanpa mengganggu sensitiviti orang lain.


“Jika didapati cara perniagaan yang mereka lakukan salah, peniaga akan menerima risiko lebih besar atas kesilapan sendiri yang mungkin kehilangan perniagaan dan tidak dibenarkan berniaga sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu bertindak tegas dengan segera melakukan pemeriksaan ke atas warung terbabit jika tidak mahu masalah lain timbul.


“Pihak berkuasa perlu bertindak lebih pantas. Jika didapati warga asing yang menjadi dalang dalam perniagaan seperti ini ia tidak wajar,” katanya.

No comments:

Post a Comment