Saturday, October 2, 2010




NASIONAL
ARTIKEL
WILAYAH
LUAR NEGARA
HIBURAN
SUKAN
BISNES
PENDIDIKAN
SAINS
REKREASI
GAYA HIDUP
VIDEO
LAMAN UTAMA | ARKIB BERITA | JOM IKLAN





Waktu Solat
Laporan Cuaca

Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
» Kota
» Selatan
» Utara
» Timur
» Pahang
» Johor
» Sabah-Sarawak
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Mahkamah
Jenayah




Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agrobiz
Kesihatan
Rekreasi
Polis & Tentera
Sastera

Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum

Classifieds
Utusan Airtime
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Laman Xtive

Liga M 2010
PRK 2009
UMNO 2008
Pilihan Raya AS
Beijing 2008
Merdeka 2008
Euro 2008
MAHA 2008
PRU-12
Sharlinie
Salam Perantauan
SELATAN

Pondok Polis Chabau unik

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanjohor@utusan.com.my

PANDANGAN dari luar Pondok Polis Chabau yang masih kekal dan dijaga dengan baik.

JASIN 1 Okt. - Mungkin ramai yang tidak mengenali Chabau iaitu sebuah pekan kecil di sini yang terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Melaka.

Ini kerana Chabau yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukanlah satu destinasi pelancongan yang mampu menarik orang ramai ke sini.

Ia hanyalah sebuah pekan kecil yang mempunyai penduduk yang sedikit dan kurang dikenali kerana tiada sesuatu tarikan yang boleh menarik minat pelancong.

Yang ada hanyalah beberapa deretan rumah kedai papan seperti kedai runcit, bengkel membaiki motosikal, restoran dan kedai menjual ubat.

Penduduk pekan itu, kebanyakannya pekebun kecil yang meraih pendapatan daripada tanaman kelapa sawit, selain membuat kerja-kerja kampung dan kakitangan kerajaan di beberapa pejabat daerah.

Untuk sampai ke Chabau, perlu melalui Bemban, Rim dan Chohong mengharungi jalan kampung serta di kiri kanan pula terdapat hutan belukar.

Terdapat juga rumah kampung lama yang masih kekal dan ada pula yang tidak berpenghuni.

Begitupun, Chabau mempunyai keunikan tersendiri kerana Pondok Polis Chabau yang berusia lebih daripada 100 tahun.

Pondok itu mula dibina pada 1910 dikatakan masih mengekalkan struktur bangunan dan kekal hingga hari ini.

Melangkah masuk ke bangunan lama ini, pasti memberi seribu satu makna kepada pengunjung yang berpeluang melawat pondok lama itu.

Bangunan lama itu menempatkan sebuah pondok polis dengan satu lokap, satu ruang pejabat, tempat menunggu, dua tandas terletak di luar pondok dan kuarters kakitangan yang mempunyai empat pintu.

Di bahagian luar pula, pondok polis ini dilengkapi beranda menghadap jalan laluan utama penduduk.

Selain itu, dua buah tandas lama yang mungkin sukar untuk dilihat di mana-mana, pasti menarik perhatian mereka yang datang ke sini.

Tandas yang bagaikan berbentuk bulat itu mempunyai sebuah perigi yang dipercayai boleh dikongsi oleh dua buah bilik air berasingan.

Walaupun dindingnya sudah dicat baru, Pondok Polis Chabau yang terletak betul-betul di hadapan selekoh Chohong-Chabau ini, masih menyimpan 'barang lama'.

Sebagai contoh, kunci mangga lokap lama dilihat masih terlekat di pintu lokap. Di samping itu beberapa barang lama yang masih terdapat di pondok itu seperti meja, kerusi dan almari.

Kesemua bangunan lama itu diperbuat daripada kayu dan tidak mengalami sebarang kerosakan termasuk dimakan anai- anai.

Bangunan lama itu terletak di selekoh antara Jalan Chabau ke Chohong, Jasin, tetapi tidak lagi digunakan untuk sebarang urusan.

Bagaimanapun, kerana keunikan struktur bangunan itu, ia tidak dirobohkan sebaliknya seluruh kawasan tersebut masih dijaga dengan baik oleh dua anggota polis yang kebetulan menetap di belakang pondok tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu masih tidak mengalami sebarang kerosakan dan kawasan sekitar dijaga dengan baik.

Melihat di dalam pondok itu pula didapati ia dijaga dengan sempurna walaupun sudah tidak digunakan untuk sebarang urusan oleh penduduk di situ sejak enam tahun lalu.

Kini sebarang urusan jika menghadapi sebarang masalah berkaitan jenayah ia dilakukan di Balai Polis Chabau yang terletak di tengah pekan itu.

Menurut Lans Koperal Zirin Laitah, dia sudah menjaga pondok polis ini lebih dari 20 tahun dan mengakui pondok polis lama ini menyimpan pelbagai cerita sejak dibina pada 1910.

''Menurut orang kampung, pondok ini menjadi tumpuan penduduk sekitar Kampung Chohong dan Chabau membuat urusan.

''Namun masa berganti dengan pantas dan bangunan baru telah dibina di tanah lain, menjadikan pondok polis ini sebagai bangunan sejarah yang menyimpan seribu satu cerita mengenainya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai cerita di sebalik bangunan itu, Zirin berkata, sudah menjadi lumrah setiap bangunan lama, mempunyai 'penjaga' yang begitu mengambil berat tentang tempat asalnya.

''Begitu juga dengan kawasan di Pondok Polis Chabau ini.

''Pada awal kedatangan saya berkhidmat di sini, saya bagaikan tidak percaya akan cerita-cerita yang saya dengar melalui penduduk kampung di sini," katanya.

Setelah melalui beberapa kejadian aneh katanya, barulah dia percaya tempat itu mempunyai penunggu.

Katanya, dia sering terdengar bunyi orang mandi di tandas pondok itu tetapi tidak menghiraukannya.

Zirin yang sudah hampir 30 tahun berkhidmat untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak pondok itu mempunyai keunikan tersendiri.

''Selain struktur bangunan yang menarik dan antik, saya percaya itu boleh dijadikan tempat pelancongan bagi daerah ini," katanya.

No comments:

Post a Comment