Sunday, July 3, 2011

Dilanggar Kereta Sendiri

Pensyarah maut dirempuh kereta sendiri

SEREMBAN 2 Julai - Seorang pensyarah wanita maut dirempuh kenderaannya sendiri yang secara tiba-tiba mengundur ketika mangsa hendak menutup pintu pagar di rumahnya di Taman Setia Hati, di sini semalam.

Mangsa, Nor Adibah Ghazali, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini, pukul 2.10 pagi akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, Nor Adibah yang bertugas di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) di sini baru sampai ke rumah selepas selesai bekerja.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu Perodua Myvi bersendirian kemudian meletakkan kenderaannya itu di dalam kawasan rumahnya yang agak curam.

"Bagaimanapun, ketika mangsa mahu menutup pintu pagar kereta berkenaan tiba-tiba mengundur lalu merempuh mangsa yang ketika itu berada di belakang.

"Berikutan itu wanita berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

2 comments:

  1. sedih . arwah adlah lecturer bm2 sy di iprm . arwah sgt2 baek . last kelas ngn arwah ari jumaat ptg . sgt2 x sangka. sedekahkan al-fatihah kpd beliau. kami amat menyanyangi beliau tp allah lg sayangkan arwah

    ReplyDelete
  2. ex cikgu sekolah dulu..ajar bm..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al-fatihah

    ReplyDelete