Saturday, July 23, 2011

sisiwi mencuri

Tiga siswi jual komputer riba curi

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

TELOK KEMANG 22 Julai – Tiga siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor ditahan polis selepas menjual dua komputer riba yang dicuri kepada rakan universiti mereka.

Selain mereka, polis turut menahan tujuh remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun kerana menyamun komputer riba tersebut daripada seorang pelajar politeknik berusia 20 tahun dan seorang lelaki Indonesia berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kopitiam di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, pada mulanya, kesemua remaja itu disyaki menyamun mangsa di zon wifi di Kilometer 6, Jalan Pantai dekat sini pada awal pagi Selasa lalu.

“Suspek dikatakan menyamun remaja Indonesia itu pada kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum kembali semula ke tempat yang sama dua jam kemudian untuk menyamun pelajar politeknik berkenaan.

“Salah seorang suspek kemudian menyerahkan dua komputer riba itu kepada kakaknya untuk dijual,” katanya.

Menurutnya, enam remaja berkenaan yang tidak bersekolah dan berasal dari sekitar daerah ini ditahan kelmarin di beberapa lokasi di sini manakala mahasiswi berkenaan yang berusia antara 20 hingga 22 tahun ditahan di universiti tersebut pada hari yang sama.

Katanya, mereka dikatakan menjual barangan berkenaan kepada rakan di universiti tersebut pada harga antara RM650 dan RM800.

Baljeet berkata, semua siswi tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara para remaja itu ditahan reman sehingga Rabu depan.

Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment