Thursday, July 14, 2011

kena tikam tak tutup lampu

Enggan tutup lampu, dua maut seorang cedera ditikam rakan

HULU SELANGOR 13 Julai - Berang tidak dapat tidur disebabkan rakan-rakannya enggan menutup lampu, seorang lelaki warga Vietnam mengamuk lalu menikam tiga rakan serumah mengakibatkan dua daripadanya maut, tengah malam tadi.

Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, pukul 12.30 tengah malam, ketika kesemua mereka berada di dalam rumah terbabit.

Kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian itu berusia 25 dan 36 tahun serta merupakan pekerja di sebuah kilang makanan berdekatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, salah seorang mangsa cedera parah dengan kesan tikaman sepanjang 5.5 sentimeter di perut manakala rakannya, tiga tikaman di bahagian dada dan tangan kiri.

Katanya, seorang lagi mangsa yang cedera di tangan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.

"Punca kejadian disebabkan suspek berusia 28 tahun tidak berpuas hati kerana rakan-rakannya itu enggan menutup lampu ketika dia hendak tidur.

"Suspek telah melarikan diri tetapi dapat ditangkap ekoran maklumat. Dia juga menunjukkan pisau yang digunakan dalam kejadian itu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Norel Azmi memberitahu, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 330 iaitu menyebabkan kecederaan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment