Friday, July 15, 2011

samaun sikit dapat

Samun tak berbaloi

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Tidak berbaloi apabila lapan lelaki hanya menerima habuan RM150 selepas menyamun seorang lelaki di tepi Jalan Pandan Indah, di sini Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru selesai makan tengah hari dan ingin ke tempat kerjanya yang terletak di kawasan berhampiran.


Menurut sumber, ketika hendak mengambil motosikalnya, tiba-tiba muncul dua kereta di hadapannya dan lapan lelaki keluar sambil seorang daripadanya membawa pisau.

“Mangsa cuba melarikan diri ke kawasan orang ramai namun tidak berjaya apabila dikepung kumpulan terbabit malah lelaki yang memegang pisau itu turut mengacukannya ke leher mangsa menyebabkan mangsa tidak berani melawan.


“Mangsa turut diugut supaya tidak menjerit jika tidak mahu dicederakan sebelum diarah menyerahkan dompet,” katanya.


Beliau berkata, mangsa yang ketakutan terus menyerahkan dompetnya kepada suspek dan merayu agar dilepaskan tanpa dicederakan.

“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan tidak disedari orang ramai. Selepas mendapatkan dompet mangsa, semua lelaki terbabit masuk semula ke dalam kereta dan terus melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan terpinga-pinga.


“Mangsa hanya mampu menghela nafas panjang apabila dirinya tidak diapa-apakan namun wang sebanyak RM150 dan dokumen pengenalan diri yang berada dalam dompetnya dilarikan suspek,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.

No comments:

Post a Comment