Sunday, July 17, 2011

karnibal pekerjaan

Pencari kerja serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN

KUANTAN 16 Julai - Ribuan pencari kerja terutama lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) pada hari pertama dan kedua di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini.

Kebanyakan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh 74 agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam karnival selama tiga hari itu mulai semalam.

Seorang pengunjung, Nurul Amaliana Mohd. Rosli, 25, berkata, penganjuran karnival tersebut amat dinanti-nantikan olehnya dan rakan-rakan memandangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan amat sengit.

Menurut graduan lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, pelbagai peluang kerjaya ditawarkan pada karnival tersebut seperti dalam sektor perladangan, perindustrian, perkhidmatan dan perhotelan yang membolehkan pengunjung membuat pilihan pekerjaan.

"Saya juga menggunakan saluran lain untuk mendapatkan pekerjaan seperti di Internet dan iklan akhbar tetapi dengan cara sebegini, kita akan berpeluang ditemu duga secara terus," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi seorang mekanik, Mohd. Yusdi Mat Yasin, 25, walaupun mempunyai kerjaya sendiri, dia turut berhasrat menceburi bidang lain yang lebih mencabar selain mencuba sesuatu yang baru.

"Saya ingin mencuba bidang baru sesuai dengan kelulusan yang saya miliki dan pada masa sama mahu mencari dana untuk mengembangkan lagi perusahaan bengkel saya," kata lulusan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) itu.

Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Farihah Abdullah, 22, pula berpendapat, penganjuran karnival itu memberi manfaat kepada generasi muda selain dapat dapat menangani masalah pengangguran di negara ini.

''Lepasan universiti harus rebut peluang sebegini dan ternyata karnival ini memberi faedah kepada semua sekali gus dapat meningkatkan taraf ekonomi negara kita.

''Saya berterima kasih kepada penganjur iaitu Pemuda BN yang mengambil inisiatif menganjurkan karnival ini dan prihatin dengan nasib mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan,'' jelasnya.

No comments:

Post a Comment