Friday, July 15, 2011

turun teksi serang pemandu

Drebar teksi diserang lima lelaki selepas turun penumpang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi hilang punca pendapatannya selepas diserang lima lelaki tidak dikenali sebaik menurunkan penumpang terakhirnya di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini sebelum teksinya dilarikan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang baru sahaja menurunkan seorang penumpangnya di Taman Sentosa, di sini sedang membelok ke arah jalan utama balik ke rumahnya.


Sumber polis berkata, mangsa hanya sempat memandu kira-kira 50 meter menuju ke Jalan Klang Lama apabila dengan tiba-tiba dia diserang lima lelaki .

“Mangsa bukan sahaja ditumbuk di mata malah dipukul dengan objek keras yang menyebabkannya pengsan. Pelbagai barangan miliknya termasuk wang tunai turut dilarikan suspek.


“Mangsa hanya tersedar sebaik dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selang beberapa jam kemudian,” katanya.


Menurutnya, selepas dibenarkan untuk keluar wad keesokannya, mangsa menuju ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan teksinya tetapi hampa selepas mendapati teksinya tiada di kawasan itu dan dipercayai dilarikan kumpulan lelaki yang menyerangnya tempoh hari.

Katanya, mangsa yang buntu selepas hilang punca pendapatannya membuat laporan di Balai Polis Brickfields kelmarin untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan dijalankan untuk mengesan suspek.

No comments:

Post a Comment