Monday, February 28, 2011

Getah Naik Melanggan Pelacur

‘Syukur bukan buat maksiat’


KUALA LUMPUR: “Kadang-kadang ada sebab Allah tidak memberi kekayaan kepada seseorang itu kerana mereka tergolong dalam kategori manusia lupa diri. Apabila diberi nikmat walaupun sedikit, mereka gagal hingga mampu terjerumus kepada perkara yang tidak elok,” ulas penceramah bebas, Fauzi Mustaffa mengenai kegiatan maksiat penoreh getah yang melanggan pelacur di kebun masing-masing.

Menurut Fauzi, kenaikan harga getah yang melambung tinggi seharusnya digunakan sebaik mungkin golongan itu untuk melakukan perkara bermanfaat seperti menabung untuk menunaikan haji sebagai tanda syukur kepada Allah.


“Ujian Allah bukan saja dalam bentuk musibah, tetapi Allah juga menguji kita dengan memberikan harta. “Sungguh sedih apabila kenaikan harga getah ini menjadikan manusia sering lupa daratan dengan melakukan kerja tidak berfaedah dan melanggar suruhan Allah. Sepatutnya apabila mendapat nikmat, bersyukur supaya ia bertambah, kekal dan berkat, bukan dengan cari pelacur.

“Jangan jadi manusia lupakan kulit. Bertaubat dan bersyukurlah dengan nikmat ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Harian Metro kelmarin, melaporkan polis membongkar kegiatan tidak bermoral itu di kebun getah di pekan Jementah, Segamat, Johor dan menahan seorang pelacur serta beberapa lelaki dipercayai terbabit kegiatan maksiat itu.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata pelacur terbabit dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit.

Hempap Dek Gajah

Dihempap gajah


KUANTAN: “Saya hanya fikir suami akan tempang atau cacat selepas dihempap gajah ketika acara terakhir mandi bersama haiwan berkenaan,” kata Aida Abdul Aziz, 31, yang menyaksikan suaminya, Yusazly Yusof, 34, berdepan detik cemas dihempap haiwan seberat lebih 100 kilogram (kg) itu di Kuala Gandah, Lanchang, dekat Temerloh pada 6 Februari lalu.

Menurut Aida, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika suaminya bersama ahli keluarga lain mandi bersama gajah apabila haiwan itu tiba-tiba merebahkan badan.


Menurutnya, suaminya yang tidak sempat melarikan diri, dihempap gajah berkenaan pada kaki kanannya, tetapi Yusazaly melepaskan diri dan berenang ke tepian untuk menyelamatkan diri.

Katanya, beberapa minit kemudian suaminya berasa sakit dan tidak selesa untuk berjalan, tetapi menyangka kaki hanya terseliuh.


“Dalam perjalanan pulang ke Kuantan, suami meminta adik saya memandu kerana tidak tahan menanggung kesakitan lalu kami membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk pemeriksaan.


“Kami dimaklumkan tiga jari kaki kanan suami patah akibat dihempap gajah berkenaan menyebabkan dia tidak dapat bekerja selama dua minggu,” katanya yang ditemui di Indera Mahkota, semalam.


Menurutnya, susulan itu, dia menghubungi pengurusan Kuala Gandah untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan yang dianggapnya cuai menjaga haiwan ketika acara berkenaan.

Polis Patah Demonstrasi

Tindakan pantas polis elak demonstrasi Hindraf merebak

APA sahaja demonstrasi haram yang menyusahkan rakyat wajar dihapuskan. Untuk itu, mencantas pihak yang membuat pelan dan pihak yang menghasut orang ramai menyertai demonstrasi haram wajar dilakukan dan diteruskan dari semasa ke semasa.

Ini kerana tanpa 'arahan' diterima daripada pemimpin, maka ahli tidak berani melakukan sesuatu termasuk menyertai demonstrasi haram.

Sehubungan itu, pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan awam tidak perlu tunduk kepada desakan pemimpin tertentu yang perjuangan mereka hakikatnya bukan untuk kaum yang diwakili, sebaliknya demi kepentingan peribadi atau menjadi alat politik pihak tertentu.

Membiarkan pemimpin sesebuah kumpulan haram seperti Hindraf bermaharajalela, mencabar undang-undang dan peraturan negara akan merosakkan keharmonian dan perpaduan kaum yang kita kecapi sejak zaman merdeka lagi.

Jika diberi pilihan iaitu di antara kumpulan ekstrem yang tidak tentu hala perjuangannya dengan keselamatan serta keharmonian hidup bermasyarakat, tentulah semua pihak yang waras dan berakal akan memilih untuk menjalani kehidupan dalam suasana harmoni, aman dan damai. Ia menjadi pilihan kerana kita tidak mahu berasa takut untuk keluar rumah menjalani kehidupan biasa.

Membiarkan pemimpin bertindak sesuka hati sehingga menjejaskan keselamatan negara boleh diumpamakan membiarkan kudis buta merebak menjadi nanah yang membusuk. Justeru itu, tindakan menahan lapan pemimpin kanan Hindraf dan 109 yang lain merupakan satu tindakan yang bijak. Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dipercayai menganjurkan perhimpunan haram.

Kita berpendapat, sebelum kudis buta bernanah dan membusuk yang mana keadaan itu pasti menimbulkan kurang senang majoriti penduduk, maka wajarlah mereka-mereka itu ditahan untuk dirawat, diubati dan dipulihkan agar tidak melakukan perbuatan sama di kemudian hari kelak.

Apa yang boleh disimpulkan adalah tindakan pantas pihak polis yang berjaya mengawal demonstrasi dengan menahan pihak perancang terlebih dahulu adalah satu tindakan bijak yang wajar dipuji. Strategi itu yang digabungkan pula dengan penutupan jalan raya dengan mengadakan sekatan di laluan utama masuk ke pusat bandar raya berjaya mengagalkan demonstrasi haram tersebut.

Hakikatnya, tindakan polis itu direstui oleh orang ramai yang bencikan huru-hara yang dicetuskan oleh Hindraf sejak dahulu lagi. Ini kerana isu yang diperjuangkannya bukan untuk kebaikan kaum India yang diwakilinya, malah lebih kepada kepentingan politik individu tertentu. Sebab itulah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di negara ini juga membantah penganjuran demonstrasi haram itu dengan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertainya.

Yang pasti, penahanan itu wajar dilakukan kerana pihak penganjur berdegil meneruskan rancangan mereka, walaupun menyedari pihak polis tidak mengeluarkan permit. Bayangkan jika semua pihak mahu melakukan sesuka hati tanpa menghiraukan amaran polis dan peraturan serta undang-undang negara.

Jika tidak diambil tindakan, dibimbangi pula ia akan menjadi ikutan kumpulan ekstrem lain yang nampaknya semakin berani mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya. Tahniah kepada pihak polis yang berjaya menggagalkan demonstrasi haram tersebut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

JBA Pahang


Pahang 'subsidi' tarif air

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@pengarang.com.my

Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang, Datuk Ismail Mat Noor menerangkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai model tapak Empangan Cheneh di Sungai Lembing.

MENYEDARI pentingnya rakyat hidup selesa tanpa dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos, Kerajaan Pahang tidak pernah terlintas untuk menaikkan kadar tarif air sejak hampir 30 tahun lalu. Dalam tempoh tersebut, kadar tarif air pada purata 66 sen semeter padu tidak pernah dikaji semula.

Kadar tarif air sebanyak 66 sen semeter padu itu pun sebenarnya dikenakan di bawah paras kadar sebenarnya. Dari segi pengiraan sebenar, kadar itu sepatutnya melampaui 96 sen semeter padu kerana itulah kos pengeluaran air sebenar bagi setiap meter padu di Pahang.

Namun, atas sikap mengambil berat, kerajaan negeri sebenarnya memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap meter padu yang digunakan rakyat. Ini bermakna, setiap RM1 yang dibayar rakyat, kerajaan negeri membayar sebanyak 45 sen lagi semata-mata mahu menampung kos pengeluaran air.

Dengan itu, jika bil bulanan yang dikenakan ke atas rakyat sebanyak RM20, bil sebenar sepatutnya ialah RM29.09 sen. Tambahan RM9.09 itu ditanggung oleh kerajaan negeri. Perkara ini boleh disemak sendiri oleh pengguna setiap kali mereka menerima bil setiap bulan.

Anggaran pendapatan daripada bekalan air di seluruh negeri ini pada tahun lalu ialah kira-kira RM98.5 juta. Hakikatnya, kerajaan negeri sebenarnya memperoleh pendapatan sebanyak RM143.3 juta jika rakyat dikehendaki membayar pada harga kos sebenar bekalan air pada kadar 96 sen semeter padu.

Dalam pada itupun, kerajaan negeri masih menanggung tunggakan akibat rakyat tidak membayar bil-bil mereka sehingga mencecah angka kira-kira RM15.86 juta ketika ini. Sedangkan kerajaan negeri memerlukan peruntukan kewangan yang besar bagi menyenggara 82 loji rawatan air dan menggantikan paip jenis asbestos sepanjang 12,393 kilometer yang telah usang.

Perkara ini tidak pernah diuar-uarkan oleh Kerajaan Pahang sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang diperintah pihak pembangkang. Pada masa sama, kerajaan negeri juga tidak pernah menaikkan cukai tanah sejak 15 tahun lalu kerana menyedari bebanan yang ditanggung oleh pemiliknya.

Cukai yang dikenakan adalah antara RM2.20 bagi setiap 100 meter persegi atau minimum RM20 bagi setiap hak milik dan RM22 bagi setiap 100 meter persegi atau minimum RM60 bagi setiap hak milik untuk kategori bangunan kediaman.

Bagi kategori bangunan komersial ialah antara RM11 bagi setiap 100 meter persegi atau minimum RM30 bagi setiap hak milik dan RM111 bagi setiap 100 meter persegi atau minimum RM200 bagi setiap hakmilik.

Bagi kategori pertanian pula, cukai minimum yang dikenakan ialah antara RM15 sehektar hingga RM100 sehektar manakala bagi kategori industri ialah RM15 bagi setiap 100 meter persegi untuk dua hektar pertama disusuli RM10 bagi setiap 100 hektar tambahan atau minimum RM150 setiap hakmilik.

Sungguhpun kadar cukai itu tidak dinaikkan, kerajaan negeri masih dapat mengutip jumlah yang agak tinggi dan dalam tempoh 10 tahun lalu, sebanyak RM1.4 bilion hasil tanah telah dikutip. Menerusi kutipan itu, sementelah lagi hasil tanah merupakan sumber utama kerajaan negeri saban tahun, ia dapat dibelanjakan untuk pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Di sebalik enggan menaikkan cukai tanah, kerajaan negeri berusaha meningkatkan lagi mutu sistem kutipan hasil mahsul tersebut. Bagi melicinkan lagi sistem kutipan hasil, Sistem Hasil Tanah Bersepadu (SHTB) iaitu menerusi dalam talian dilaksanakan di seluruh negeri ini sejak 2006.

Menerusinya, rakyat dipermudahkan berurusan dalam soal berkaitan tanah dengan melakukan pembayaran cukai di pejabat tanah setempat walaupun tanah milik mereka terletak di daerah lain. Ternyata sistem ini berkesan. Pada tahun lalu misalnya, jumlah hasil kutipan yang disasarkan hanya sebanyak RM150 juta tetapi melonjak kepada RM166.6 juta atau 111.06 peratus.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM59.4 juta daripada cukai tanah, premium tanah (RM53.7 juta), tunggakan cukai tanah (RM16 juta), bayaran pelbagai permit (RM12.6 juta), bayaran pelbagai lesen (RM3.3 juta) dan hasil-hasil lain sebanyak RM21.6 juta.

Jika mengikut daerah, Kuantan berjaya mengutip cukai tanah tertinggi sebanyak RM54.3 juta disusuli Rompin (RM19.5 juta), Lipis (RM14 juta), Bentong (13.2 juta), Temerloh (RM10.3 juta), Bera (RM8.5 juta), Pekan (RM7.7 juta), Jerantut (RM7.6 juta), Raub (RM6.2 juta), Maran (RM5.5 juta) dan Cameron Highlands (RM3.9 juta).

Pada tahun ini, Kerajaan Pahang menyasarkan untuk mengutip sebanyak RM160 juta. Kutipan tersebut bertujuan meningkatkan pembangunan dengan sasaran memajukan golongan yang berada di bawah paras kemiskinan. Justeru, dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, konsep agropolitan di bawah program Lonjakan Mega Luar Bandar (LMLB) diperkenalkan.

Sebanyak tiga kawasan dipilih untuk dimajukan iaitu Chemomoi, Bentong seluas 1,148.2 hektar; di Bebar, Pekan (1,000 hektar) dan Gahai, Lipis (222.6 hektar). Di Chemomoi, seramai 373 peserta terlibat dengan projek tanaman getah manakala di Bebar, seramai 220 peserta terbabit dalam tanaman sawit dan di Gahai, seramai 50 peserta membabitkan diri dalam projek tanaman nanas.

Peserta juga diberi pemilikan saham ke atas ladang sejahtera dan tanah pertanian komersial, selain dibina seunit rumah untuk setiap mereka. Dalam pada itu, masyarakat Orang Asli yang mewakili tidak sampai empat peratus (3.84 peratus) daripada penduduk Pahang tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan.

Bilangan Orang Asli di Pahang adalah seramai 55,734 orang daripada 11,990 keluarga yang mendiami 263 perkampungan. Orang Asli di negeri ini dibantu menerusi tiga program pembangunan seperti mana yang telah digariskan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Antaranya, Program Penempatan Tersusun menerusi Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dan Penyusunan Semula Kampung (PSK), Program Pembangunan Ekonomi seperti pembangunan tanah, ternakan dan perikanan.

Program Pembangunan Sosial pula bertujuan meningkatkan lagi kemudahan prasarana dan membina lebih banyak perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Bagi tujuan itu, sebanyak RM24.6 juta diperuntukkan untuk mengurus dan melaksanakan program-program tersebut pada tahun lalu.

Sejak tahun 2001 hingga tahun lalu, jumlah keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan bagi melaksanakan pelbagai program bagi manfaat masyarakat Orang Asli di Pahang ialah sebanyak RM86.2 juta. Di bawah program RPS, tujuh kawasan diwujudkan melibatkan keluasan 779.8 hektar dan 337 peserta di Runchang, Pekan, Bukit Serok, Kedaik dan Buluh Nipis di Rompin yang ditanam dengan projek kelapa sawit; Betau di Lipis dan Iskandar di Bera (getah) manakala Terisu di Cameron Highlands (sayur-sayuran).

Dari segi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air, 119 atau 45.2 peratus daripada 263 perkampungan Orang Asli di Pahang telah menikmati bekalan elektrik 24 jam sehari. Bagi bekalan air, 75 kampung atau 29 peratus telah memperoleh bekalan air daripada Jabatan Bekalan Air (JBA).

Tanpa mahu bermegah dengan slogan 'negeri berkebajikan,' apa yang dilakukan kerajaan negeri selama ini sebenarnya meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan sejajar dengan gagasan 1Malaysia ''rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Pegawai Xlengkap

‘Kejap lengkap, kejap tidak’
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Sikap tidak bertanggungjawab dan peka kakitangan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di Shah Alam, Selangor, mengundang perasaan tidak puas hati segelintir pelanggannya.

Lebih mengejutkan, pelanggan terpaksa menunggu sehari suntuk sebelum urusan siap, tetapi selepas menempuhi pelbagai kerenah kakitangan bertugas.


Pelanggan, Azli Hashim, 25, berkata dia ke pusat berkenaan kira-kira jam 8 pagi untuk proses pertukaran enjin dan kotak gear keretanya.

Katanya, ketika membuat permohonan dengan membayar RM35, kakitangan terbabit tidak memaklumkan dokumen yang diperlukan tidak mencukupi.


Selepas beberapa lama, dia dimaklumkan dokumen tidak cukup dan dia diminta mendapatkan surat kawal selia dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum permohonan diproses.


“Saya ke JPJ berdekatan dan menunggu sehingga surat itu dikeluarkan sebelum pergi semula ke pusat terbabit untuk membuat permohonan dan membayar semula RM35 sebagai bayaran permohonan.


“Saya dimaklumkan semua ujian sudah lulus dan diminta membayar RM20 lagi sebagai caj menyiapkan dokumen.


“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dokumen belum mencukupi dan mereka memerlukan salinan geran pemilik kereta dan surat jual beli enjin, sedangkan sebelum itu saya tidak dimaklumkan mereka memerlukan semua dokumen berkenaan,” katanya ketika menghubungi Harian Metro di sini, semalam.

Azli yang bekerja sebagai penghantar surat berkata, dia meminta kawannya menghantar semua dokumen berkenaan kepadanya, tetapi selepas menyerahkannya di kaunter seorang kakitangan di situ memaklumkan mereka tidak memerlukan dokumen itu kerana sudah mempunyai surat dari JPJ.


“Saya tak kisah menunggu lama, tetapi janganlah ‘disepak’ saya ke sana ke sini, kejap kata dokumen tak lengkap, kejap kata lengkap.


“Lebih menyakitkan hati ada kakitangan yang seolah-olah menyindir saya dengan menyatakan perkara biasa pelanggan kena tunggu lama.


“Mereka seperti memperlekehkan pelanggan dan melengah-lengahkan kerja serta membiarkan kami terpaksa menunggu sehari suntuk hanya untuk menyiapkan permohonan,” katanya yang terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang.


Menurutnya, dia berharap kakitangan pusat terbabit mesra pelanggan dan mempunyai kemahiran komunikasi.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Telefon Bimbit Di Sekolah

Isu telefon bimbit, penjelasan KPM

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada laporan akhbar dalam laporan khas akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Februari 2011 - Pelajar bebas guna telefon bimbit.

Keputusan KPM menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 bertarikh 25 Mac 2009 berkaitan Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah adalah bertujuan untuk mendidik murid agar dapat menggunakan telefon bimbit mereka dengan cara yang betul dan larangan ini hanya berkuat kuasa dalam kawasan sekolah.

Ini disebabkan penggunaan telefon bimbit di sekolah didapati telah mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, ia juga telah mendatangkan pelbagai masalah disiplin seperti kecurian, pergaduhan serta penyebaran bahan-bahan maklumat yang boleh mempengaruhi perlakuan yang negatif dalam kalangan murid sekolah.

Prinsip terhadap larangan ini sebenarnya adalah untuk mendidik. KPM berpandangan penggunaan sesuatu ciptaan peralatan komunikasi yang canggih untuk manfaat anak-anak murid harus digalakkan, tetapi mesti dilakukan dalam konteks kawalan, bimbingan, pemantauan serta didikan yang betul.

Dalam masa yang sama, KPM juga tidak boleh berkompromi terhadap sesuatu yang boleh mengganggu kelancaran proses pembelajaran murid-murid di sekolah serta kesan terhadap perlakuan negatif seperti yang disebutkan.

Isu penguatkuasaan larangan ini sebenarnya banyak berkaitan dengan sikap kedegilan murid, rungutan sesetengah ibu bapa serta penguatkuasaan yang banyak menimbulkan isu dan masalah kepada pengurusan sekolah. Sungguh pun KPM bertegas dalam hal penguatkuasaan ini, namun langkah-langkah seperti yang ditetapkan menerusi pekeliling tersebut perlu dipatuhi oleh pihak sekolah iaitu;

1. Peraturan larangan penggunaan telefon bimbit oleh murid di sekolah hendaklah dimaklumkan kepada semua ibu bapa murid.

2. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan dan memberi kefahaman kepada ibu bapa perkara berkaitan larangan ini menerusi mesyuarat PIBG dan mesyuarat permuafakatan peringkat sekolah.

3. Jika sekiranya ada murid yang melanggar peraturan ini, maka pihak sekolah boleh mengambil dan menyimpan telefon bimbit murid berkenaan.

4. Semua telefon bimbit yang diambil oleh pihak sekolah akan direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat oleh pihak sekolah.

5. Ibu bapa murid yang terlibat akan dimaklumkan dengan segera, sebaik-baiknya pada hari yang sama, akan tindakan yang telah diambil terhadap anak mereka.

6. Ibu bapa juga hendaklah dimaklumkan bahawa mereka boleh menuntut semula telefon bimbit anak mereka daripada simpanan pihak sekolah.

7. Dalam kes-kes kecemasan, murid-murid hendaklah mengguna kemudahan-kemudahan telefon yang disediakan oleh sekolah.

Membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah dan asrama sekolah oleh murid-murid adalah merupakan satu kesalahan disiplin. Mereka yang melanggar peraturan ini boleh diambil tindakan disiplin dengan mengenakan hukuman;

Kesalahan Kali Pertama: Diberi Amaran (murid dan ibu bapa perlu menandatangani Surat Aku Janji tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut).

Kesalahan Kali Kedua:

Dilarang menggunakan kemudahan di sekolah atau asrama atau mengambil bahagian dalam program atau aktiviti sekolah untuk suatu tempoh tertentu.

Seperti mana yang disebutkan tadi, apa yang penting dalam hal ini adalah mendidik anak-anak kita agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan telefon bimbit mereka.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

BI

UM: Inggeris diutamakan

SAYA dengan ini merujuk kepada tulisan di dalam Forum Utusan (muka 12), Sabtu 19 Februari 2011 dan 22 Februari 2011 mengenai kepentingan bahasa Melayu di Universiti Malaya (UM).

Naib Canselor telah mengadakan satu siri taklimat bertajuk Raising UM into the rank of Top 100 universities within 5 years kepada semua pelajar ijazah dasar di seluruh kampus sepanjang bulan Februari dan Mac 2011.

Siri taklimat ini bertujuan berkongsi hasrat UM untuk menjadi universiti ternama bersama pelajar sekali gus mengingatkan pelajar akan peranan mereka ke arah mencapai hasrat UM itu. Semua slides yang digunakan oleh Naib Canselor (NC) telah disediakan oleh unit saya.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh NC adalah kualiti serta kebolehpasaran graduan UM.

Pada masa kini, majikan sering menyatakan dengan jelas ciri-ciri graduan yang diperlukan dan keperluan utama adalah tahap kompetensi serta kemahiran dalam aspek kemahiran insaniah seperti komunikasi (terutamanya dalam bahasa Inggeris) praktikal, kemahiran ICT, pemikiran kritikal, keupayaan bekerja secara berpasukan, kepimpinan, etika dan profesionalisma serta pandangan terbuka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Selaras dengan itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menekankan penerapan elemen Generic Students Attribute (GSA) dalam program pengajian ijazah dasar.

Pada masa yang sama, kebolehpasaran graduan serta kepuasan majikan merupakan kriteria penting dalam sistem penarafan dan penyertaan pada peringkat nasional dan antarabangsa. Ini jelas ditunjukkan dalam kriteria serta pemberatan kepada kriteria tersebut seperti berikut:

n Penyetaraan IPT di Malaysia (SETARA) – Kualiti Graduan (40%) di mana ini terbahagi kepada, Kepasaran Graduan (12%), Kepuasaan Majikan (13%), Generic Student Attribute (5%) dan Kepuasan Pelajar (5%).

* The World University Ranking (QS) – Employer Survey (10%).

* QS World University Ranking – employer/recruiter review (10%)

Dalam siri taklimat beliau, Naib Canselor telah membentangkan hasil kajian pengesanan Graduan 2010 oleh KPT berkaitan kebolehpasaran graduan pada tempoh 6 bulan setelah tamat pengajian. Analisis terperinci mengikut fakulti menunjukkan pencapaian yang rendah di kalangan beberapa fakulti di UM.

Naib Canselor telah mengaitkan prestasi ini dengan beberapa hasil kajian lain yang menunjukkan keperluan penambahbaikan dalam aspek-aspek seperti komunikasi terutamanya dalam bahasa Inggeris, pemikiran kritikal dan keusahawanan seperti yang ditunjukkan oleh dapatan pelaksanaan instrumen MY3S oleh KPT oleh KPT.

Laporan panel penilai Audit Prestasi Akademik (APA) juga ada menyebut saranan serta komen sesetengah majikan graduan UM berhubung kelemahan komunikasi, etika dan profesionalisma serta unsur kemahiran insaniah lain yang perlu ada pada graduan UM bagi membolehkan mereka berdaya saing dalam pasaran kerja masa kini.

Hasrat Naib Canselor dalam siri taklimat ini adalah untuk mengingatkan para pelajar betapa pentingnya mereka perlu mendapatkan pendidikan holistik dan menjadi graduan yang berkebolehan seperti yang diperlukan oleh pasaran masa kini, di samping ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

UM sememangnya mengamalkan penggunaan bahasa Malaysia dalam semua urusan rasmi.

Bagaimanapun, pada waktu yang sama UM perlu akur kepada saranan KPT dan permintaan majikan yang memerlukan graduan yang berkebolehan dalam berbahasa Inggeris di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selaras dengan saranan dari panel Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk memartabatkan Akademi Pengajian Melayu (APM), Naib Canselor telah banyak kali berbincang dengan APM untuk meningkatkan bilangan pelajar cemerlang dan ikon akademik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Di APM juga NC telah memberi banyak dana untuk menyokong Program Pertukaran Pelajar/Pensyarah dengan Beijing Foreign Studies University (BFSU), Yunnan University Nationalities (YUN), universiti-universiti di Thailand dan Indonesia.

Walaupun pihak UM berasa kesal dengan pihak yang ingin memburukkan UM, namun isu ini telah menguatkan lagi semangat UM untuk terus membawa kecemerlangan UM sebagai 100 universiti terbaik pada tahun 2015 dan untuk memartabatkan APM di persada dunia.

Sila layari http://www.facebook.com/ UniversityOfMalaya untuk mendapatkan semua slides yang Unit Pengurusan Kualiti telah sediakan untuk kegunaan Naib Canselor dalam siri pembentangan beliau kepada pelajar.

Profesor Dr. Fauza Abd Ghaffar

Pengarah, Unit Pengurusan

dan Penambahbaikan Kualiti

(QMEC) Universiti Malaya.

Org Melayu cepat Percaya




Sertai komuniti myMetro
login|daftar

Layari
Isnin, 28 Februari 2011

Versi MobileRSS1klassifiedsiMetroAkhbar DigitalTeam Metro
UTAMABERITAEKSTRAMETROPLUSGIGSHATIRAPVARIASITANYA PAKARBIMBINGANKOLUMNISARKIB SEMINGGUVIDEO
myMetro Berita Utama
‘Air mata’ pokok petai
Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my


PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.


Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.


“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.


“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.


“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.


“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.


“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

Merotan Sambil Mencabul



Cabul sebelum rotan
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my


BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.


“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.


“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.


Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.


“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.


Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.


“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.


“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.


“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.


Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .


Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

My Balik Pulau Bukan Dibuka Org Cina

My Balik Pulau, jangan kelentong!

SEJAK beberapa hari yang lepas timbul kisah Pekan Balik Pulau dibangun oleh kaum Cina, kononnya. Telah diterbitkan oleh Arts Education melalui risalahnya My Balik Pulau.

Hairan dan pelik sungguh jika benar di dalam risalah My Balik Pulau ada menyatakan kaum Cina yang membuka Pekan Balik Pulau sudah tentu ada nama Balik Pulau di dalam bahasa Hokkien, tapi kenapa tidak ada?

Balik Pulau maksudnya ialah belakang pulau. Kenapa nama Balik Pulau dalam bahasa Melayu hingga sekarang?

Sepatutnya kalau dalam bahasa Cina Hokkien Balik Pulau, lebih kurang bunyinya, dipanggil "Boi Tou".

Umur saya 58 tahun tidak pernah langsung dengar orang Cina sama ada yang tinggal dalam pulau mahupun sebelah Seberang Prai memanggil ataupun menyebut Balik Pulau di dalam bahasa Cina Hokkien mahupun dalam Kung Hu. (Kantonis).

Sebagai contohnya orang Melayu panggil Paya Terubong, orang Cina panggil "Long boi, Ujung Pasir dipanggil Sua Boi, Jalan Padang Tembak dipanggil Pak Cheng Poo dan Jalan Pinang (Penang Road) dipanggil Tiong Lou dan Northern Road dipanggil Amo Lou kini jalan itu telah ditukar ke nama Jalan Sultan Ahmad Shah tetapi masih dipanggil oleh orang Cina Pulau Pinang Amo Lou.

Bukan setakat Balik Pulau tidak ada nama di dalam bahasa Cina malah kawasan Weld Quay betul-betul perkampungan orang Cina dari umur saya masih kecil hingga ke hari ini setahu saya tidak ada nama khas Cina perkampungan di situ cuma mereka panggil "Chun Tau Hai Pi" yang bermaksud tempat kapal tepi laut. Itulah jawapannya mereka yang tinggal di perkampungan Weld Quay jika ditanya di dalam bahasa Hokkien di mana kamu tinggal.

Dari itu saya harap pihak yang menerbit risalah My Balik Pulau janganlah nak kelentong orang Melayu Pulau Pinang.

ANAK JATI PULAU

Meragut Di JomHeboh

Jom Heboh: Wanita dicekup ketika meragut

KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Orang ramai ke Karnival Jom Heboh di sini, dengan niat untuk berhibur, namun lain pula dilakukan wanita ini apabila ke karnival itu dengan tujuan meragut.

Tindakannya bagaimanapun memakan diri apabila dia dicekup ketika cuba meragut rantai emas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin berkata, suspek berusia 39 tahun dan berasal dari Pulau Pinang berjaya dicekup orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Berikutan penahanan wanita itu, polis percaya dapat menyelesaikan tiga kes ragut sepanjang karnival terbabit, sejak kelmarin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada masa sama, Zamri berkata, pihaknya berjaya menghalang satu cubaan untuk mencuri motosikal pada hari kedua karnival itu.

"Saya ingin berterima kasih kepada orang ramai dan semua pihak kerana turut sama membantu polis bagi mencegah kegiatan jenayah," katanya.

Sunday, February 27, 2011

Bunuh Diri Sebab Tertekan

Maut akibat tekanan emosi

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Seorang kakitangan bank ditemui mati dengan lebih 10 kesan tikaman di perut dan dadanya dipercayai akibat tekanan emosi di sebuah rumah teres tiga tingkat di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Mangsa, Lee Soong Chin, 56, bapa kepada tiga anak ditemui berlumuran darah oleh isterinya berusia 51 tahun setelah terjaga daripada tidur pukul 6.40 pagi.

Ketika itu, mangsa dikatakan sedang 'nyawa-nyawa ikan'.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mati selepas menikam diri sendiri menggunakan sebilah pisau.

"Bunyi bising seperti orang menumbuk menyebabkan isteri mangsa yang berasal dari British terjaga daripada tidur menyangka suaminya itu meracau.

"Bagaimanapun, isteri mangsa terkejut apabila menemui pisau berdekatan suaminya yang terbaring atas katil sebelum menyedari lelaki itu sudah nyawa-nyawa ikan.

"Ketika kejadian, ketiga-tiga anak pasangan terbabit sedang tidur bagaimanapun terjaga apabila mendengar jeritan ibu mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Amiruddin memberitahu, sebilah pisau dipercayai digunakan mangsa ditemui di tingkat tiga, lokasi kejadian.

"Setakat ini polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai mati mengejut dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

"Berdasarkan keterangan daripada ahli keluarga, mangsa dikatakan sering dilihat murung sebelum ditemui mati," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang juga pelakon, Elly Suriati Omar berkata, dia terkejut dengan insiden tersebut kerana mangsa dikenali sebagai Peter merupakan seorang peramah dan baik hati.

"Dia sudah menginap di sini lebih daripada 15 tahun dan selalu bertegur dengan jiran-jiran di sini.

"Peter dan keluarganya sering menyertai jamuan makan diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Kemerdekaan," katanya.

"Kami sebagai jiran tidak pula mengetahui jika dia atau keluarga mengalami sebarang masalah dan tekanan," katanya.

Pengurus Bank Kaut Duit Pelanggan

Pengurus hidup mewah curi duit pelanggan RM1.5j ditahan

SUNGAI PETANI 26 Feb. - Selama ini seorang pengurus sebuah bank di sini melaram dengan gaya hidup mewah sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan sejawatannya.

Setiap kali ditanya, pengurus muda salah sebuah bank asing di sini yang berusia 28 tahun memberi alasan bahawa dia memperoleh harta-hartanya daripada pelaburan.

Bagaimanapun, rahsia pengurus akaun dan khidmat pelanggan itu selama lebih setahun terbongkar apabila dia ditahan bagi membantu siasatan mengenai kehilangan sejumlah besar wang milik pelanggan yang dianggarkan lebih RM1.5 juta.

Lelaki itu ditahan di rumahnya sekitar bandar ini malam Rabu lalu.

Dia ditahan selepas pegawai atasan dan para pelanggan bank tersebut membuat aduan mengenai kegiatannya.

Menurut sumber, suspek terbabit dikatakan bertugas selama tiga tahun di cawangan berkenaan dan mengenali secara rapat pelanggannya.

"Rahsianya terbongkar apabila seorang pelanggan membuat aduan mengenai kehilangan sejumlah wang daripada akaun semasa dan deposit tetap miliknya," katanya.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa sebelum itu dikatakan telah meminta bantuan suspek menguruskan pinjaman perumahan.

"Suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang daripada deposit tetap ke akaun simpanan dengan alasan mampu meluluskan permohonan dalam kadar segera," katanya.

Sumber itu berkata, selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun simpanan, suspek akan mengambil beberapa maklumat peribadi dan mula memindahkan wang atau mengeluarkan cek atas nama individu ketiga.

"Bagi mengelakkan mangsa mengesan, suspek menukar alamat dan penyata akaun akan dihantar ke alamat rumahnya sendiri," katanya.

Namun begitu, taktik tersebut berjaya dikesan apabila beberapa pelanggan tampil membuat aduan mengenai kehilangan wang baru-baru ini.

Selepas beberapa hari, penyiasat bank tersebut dapat menjejak suspek dan memaklumkan kes itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, sehingga semalam 13 laporan telah dibuat terhadap suspek.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

"Polis masih menyiasat jumlah kerugian dan bekerjasama dengan bank untuk menyemak kemungkinan terdapat mangsa lain terlibat," jelasnya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, February 26, 2011

Minuman Bubuh Pil Khayal

Kerja dajal dua rakan


KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai mencampurkan pil khayal dalam minuman seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kenderaan miliknya ketika mangsa tidur.

Lebih malang apabila mangsa hanya tersedar keesokan harinya sebelum mendapati kenderaannya sudah tiada dipercayai dilarikan dua lelaki terbabit.


Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang Rabu lalu, mangsa yang berusia 31 tahun keluar minum dengan dua lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, suspek mempelawa mangsa ke sebuah hotel mewah di Jalan Changkat Thamby Dollah, di sini, sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bilik hotel disewa itu.


“Di hotel berkenaan, mangsa mendakwa diberi minum oleh seorang daripada suspek sebelum pening dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, mangsa pengsan akibat meminum air yang dicampurkan pil khayal.


“Mangsa yang tertidur hanya sedarkan diri sehari kemudian sebelum mendapati dua rakannya itu sudah tiada,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang keliru keluar dari hotel itu untuk ke keretanya sebelum terkejut apabila mendapati Toyota Avanza milik abangnya hilang.


“Mangsa menghubungi kedua-dua rakannya itu, namun suspek mematikan telefon. Berikutan itu, mangsa yakin diperdaya suspek yang membuatnya pengsan sebelum melarikan kenderaan itu.


“Mangsa menghubungi abangnya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. Susulan itu, polis melakukan siasatan dengan mengambil keterangan mangsa selain cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari hotel berkenaan,” katanya.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang pelajar lelaki berusia 30 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa ditumbuk rakannya selepas dinasihati supaya memperbaharui visa bagi membolehkannya tinggal secara sah di negara ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa berjumpa suspek di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, sebelum berlaku pertengkaran selepas suspek enggan mendengar nasihatnya.


Suspek yang naik berang menumbuk muka mangsa berulang kali menyebabkan mata sebelah kiri mangsa lebam. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan polis.

Tumbuk Sambal belacan

Sertai Tumbuk Sambal Belacan

KANGAR 25 Feb. - Lebih banyak penyertaan diperlukan bagi acara 'Tumbuk Sambal Belacan Teramai 1,000 orang' sempena Pesta Angin Timur..di Bendang yang akan diadakan di Kampung Banir Tembus, Mukim Sanglang pada Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Sumber Manusia, Perpaduan dan Pengangkutan negeri, Abdul Jamil Saad berkata, acara yang akan dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records itu sehingga kini mendapat penyertaan lebih 500 orang.

"Kita percaya lebih banyak penyertaan saat-saat akhir akan diterima malah, kita menjangka penyertaan tersebut akan melebihi 1,000 orang kerana pendaftaran terus dibuka pada hari acara itu diadakan," katanya kepada para pemberita selepas meninjau persiapan pesta berkenaan di Kampung Banir Tembus, di sini, semalam.

Difahamkan penyertaan untuk acara berkenaan turut menarik perhatian ramai pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, namun, para pelajar berkenaan menghadapi kesukaran untuk memperoleh lesung batu yang diperlukan untuk menumbuk sambal belacan.

Dalam pada itu Abdul Jamil berkata, pesta berkenaan dijangka turut menarik perhatian pelancong tempatan dan asing seperti Thailand berdasarkan promosi yang turut dilakukan di luar dari negeri ini terutama di Langkawi.

"Sehingga kini sebanyak 100 ruang niaga yang disediakan telah habis ditempah oleh para peniaga," katanya.

Malah, menurut beliau, lebih 1,000 peserta telah pun mendaftar untuk menyertai acara sukan rakyat dan sukaneka yang disediakan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Rimas Dengan Warga Asing

MASALAH WARGA ASING MERIMASKAN

SEMAKIN hari semakin rimas dan risau dengan situasi di Malaysia. Aman tu memanglah aman tapi tidak seperti dulu. Berjuta rungutan telah disuarakan tentang keganasan, jenayah dan segala macam gejala yang tidak sihat melanda negara.

Kerajaan seolah-olah tidak nampak atau sengaja pejam mata dengan semua masalah yang sedang melanda Malaysia sekarang. Pada saya puncanya hanya satu. Kebanjiran warga asing yang sudah tidak dapat dibendung lagi! Kalau pun Malaysia perlukan tenaga kerja warga asing biarlah di dalam bidang-bidang yang dibolehkan saja. Ini tidak, semua bidang kerja ada saja warga asing. Dari kedai runcit hinggalah ke ladang semuanya warga asing. Semua majikan pula lebih suka memilih warga asing sebab murah, kononnya warga tempatan memilih tetapi hakikatnya majikan yang memilih. Kerajaan tidak terfikir ke kalau-kalau satu hari nanti bilangan rakyat Malaysia lebih kecil dari bilangan warga asing? Fikir-fikirkanlah Wahai pemimpin kerajaan Malaysia sekarang. Anda mungkin boleh berhijrah ke negara lain kalau apa-apa berlaku, tapi kami rakyat yang tidak berkemampuan ni bagaimana pula?

RAKYAT PRIHATIN

TAJUK-TAJUK BERITA

Kisah Beras Tumpah

WARGA ASING PUNGUT BERAS?

SAYA terpanggil untuk membangkitkan persoalan, adakah mereka yang berpusu-pusu mengutip beras dan syiling baru-baru ini terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja?

Dari pemerhatian saya, ramai juga muka warga asing yang nyata lebih berani ke tengah jalan untuk mengutip beras dan syiling berkenaan berbanding rakyat kita.

Malahan kaum India yang kelihatan dalam gambar-gambar akhbar juga mencurigakan kerana secara kasarnya tidak kelihatan seperti kaum India yang menjadi rakyat negara ini. Saya akui ramai juga rakyat kita yang memang suka ‘barang percuma’ sebegini tetapi apa yang dilihat dan ditegur sesetengah pihak mungkin tidak tepat. Jangan kerana jumlah yang mengutip itu ramai maka dicop semua warga Malaysia ‘kaki kutip barang’.

Yang Indon macam Melayu, yang dari negara India dan China tidak jauh beza dari saudara mereka di sini, tetapi yang muka nyata warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan sebagainya jangan pula dicop sebagai rakyat kita. Saya malu dengan rakyat yang masih amalkan ‘mengutip di tepi jalan’ ini tetapi perlu difahami masih ada antara kita yang hidup susah dan mungkin garisan halal-haram itu sudah kabur bagi mereka bila anak di rumah kelaparan. Apa sekalipun, jangan dicopkan secara umum semua kaki pungut dan warga kita yang masih memungut juga sudah tidak begitu ramai seperti yang kelihatan dalam gambar-gambar akhbar sebelum ini.

ANSAI

Gombak

SIKAP ANEH PEMANDU MALAYSIA

TERPEGUN sebentar apabila menatap akhbar yang melaporkan sikap segelintir warga pemandu di lebuh raya berebut mencuri beras yang tumpah akibat kemalangan.

Ada rasa hairan, jelik dan hampir tidak percaya itulah sikap yang ditunjukkan oleh warga kita yang ratanya terkenal sebagai pemurah, peramah, sopan santun dan suka membantu.

Seperti ada yang tidak kena, kerana sebelum ini turut dilaporkan bahawa perkara yang sama berlaku apabila sebuah pacuan empat roda yang membawa syiling kemalangan maka gempar pemandu di lebuh raya mengutip syiling berkenaan yang diibaratkan seperti rezeki jatuh dari langit. Insiden terbaru lebih menyayat hati apabila pemandu dan kelindan yang parah dibiarkan malah mengakibatkan seorang daripadanya maut.

Melalui pengamatan, terdapat dua perkara yang mungkin menyebabkan situasi ini berlaku. Yang pertama mungkin sikap pemandu kenderaan berat di lebuh raya negara ini memang menjengkelkan. Keganasan corak pemanduan mereka mengundang rasa benci pemandu lain yang melihat sikap mereka seperti samseng jalanan.

Senario kedua, ramai pengguna lebuh raya di negara kita terdiri daripada pelbagai golongan terutama di peringkat bawahan dan pertengahan. Mereka sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang yang kebelakangan ini melampaui jangkaan akal dan amat terdesak mengurangkan kadar perbelanjaan isi rumah yang sentiasa meningkat.

Kepada kumpulan ini, apa sahaja sumber tanpa mengira halal haram dan makruh sekiranya terbuka akan dipergunakan sepenuhnya tanpa ragu-ragu lagi demi kelangsungan hidup. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai pengetahuan bahawa semua barangan berkenaan sudah diinsuranskan dan sudah tentu pemilik dan pemandu berkaitan akan dibayar ganti ruginya oleh pihak yang menginsuranskannya.

Selebih dari itu, tanggung jawab sosial, tata susila, etika dan budi pekerti mulia nampaknya bukan lagi sesuatu yang dititik beratkan dan dimasukkan dalam agenda nasional kita. Malah subjek yang pernah diajar di sekolah rendah pada satu ketika dahulu sudahpun dimansuhkan.

Bolehkah kita menuding jari kepada para pelakonnya sahaja sedangkan para pengarah terlepas dari menanggung akibat. Lantas kita jangan pula nanti pura-pura lupa bahawa tentu masih ada perkara-perkara yang lebih dahsyat akan keluar selepas ini selepas melihat pembuangan bayi, pengabaian ibu bapa dan warga emas malah sikap brutal yang keterlaluan kumpulan orang muda di negara ini melewati format budaya timur yang kita agungkan satu ketika dahulu.

Sudah sampai masanya, para pembuat dasar, para pemimpin dan pakar psikologi untuk tampil duduk semeja bagi merumus satu formula dan agenda menyeluruh yang bukan sahaja berkaitan kemalangan jalan raya tetapi merangkumi sikap jelek masyarakat negara ini yang kelihatannya terlebih aksi sehingga hilang jati diri.

LT. KOL (K) DR. AHMAD ZAKI B. ISMAIL

Penasihat Persatuan Pengguna

Islam Malaysia

KAUT BERAS TANDA KETANDUSAN NILAI

PERISTIWA yang berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari Rabu 23 Februari 2011, menandakan ketandusan nilai di kalangan penduduk Malaysia yang diagungkan sebagai negara Islam yang terkenal di dunia.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya merasa malu di atas tindakan tidak berakhlak sebahagian kecil rakyat Malaysia dalam peristiwa tersebut. Nampak seolah-olah orang Malaysia tak cukup makan lebih serius lagi daripada negeri ketiga yang mengalami kemiskinan tegar sepanjang tahun.

Sepatutnya sebagai seorang yang berperikemanusiaan, tentulah kita beri pertolongan dahulu kepada orang yang memerlukan pertolongan, bukannya merebut harta kepunyaan orang yang haram dimakan. Bayangkan, kalau perkara seperti itu berlaku kepada kita atau keluarga kita dan tiada siapa yang menolong kita. Apa perasaan kita pada masa itu? Memakan harta orang tanpa izin hukumnya haram. Memakan makanan yang haram ganjarannya neraka.

Antara sebab tidak mendapat pendidikan al-Quran ialah kerana hati kita gelap. Hati gelap kerana makan minum yang haram dan tidak menunaikan solat. Jika yang solat pun turut juga melakukan kemungkaran dan dosa-dosa besar, termasuk mengambil harta haram dan memakannya, ialah kerana solatnya tidak diterima sebab tidak sah. Solat tidak sah sebab cara melakukannya tidak kena, bacaannya tidak betul atau wuduknya tidak sah. Bacaan dan cara solat tidak kena dan tidak sah ialah kerana ada perasaan sombong di dalam diri sehingga tidak mahu belajar secara formal daripada guru-guru yang muktabar.

IBNU AHMADI

Kurang Ajar

Beratur panjang dalam kebun
Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my


RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.



“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.



“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Jual tuttttt Dalam Kebun Getah

Beratur panjang dalam kebun
Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my


RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.



“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.



“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Nia Adora

Nor Aidora: Tolonglah jangan marah saya

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Berbanding saksi-saksi lain dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon (gambar) benar-benar berbeza atau boleh disifatkan sebagai 'unik'.

Tingkah lakunya amat bersahaja, manja dan sering tersenyum malah ada media yang menganggap ahli kimia itu seorang yang comel sewaktu memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, perlakuan wanita tersebut barangkali menjengkelkan peguam bela, Ram Karpal Singh sehingga menganggap saksi itu tidak serius semasa memberi keterangan.

Pada peringkat awal sesi soal balas, selepas berlakunya perdebatan antara peguam itu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi tersebut yang akan genap berusia 38 tahun dalam tempoh lapan bulan lagi dengan manja meminta agar peguam itu tidak 'marah-marah'.

NOR AIDORA (NA): Saya tahu awak marah, tolong jangan marah pada saya.

RAM KARPAL (RK): Tak, saya tak marah. Kalau saya marah, awak akan tahu.

Keadaan itu mengundang gelak ketawa daripada semua yang berada di galeri awam dan Anwar yang duduk di kandang tertuduh.

Sewaktu menjelaskan mengenai asid deoksiribonukleik (DNA) dan locus, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia itu sekali lagi mewarnai suasana apabila secara tiba-tiba bertanya kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah:

"Yang Arif, faham tak?"

Bagaimanapun, apa yang menarik ialah melihat cara lulusan Universiti Malaya (UM) dan pemegang Ijazah Sarjana dari sebuah universiti di New Zealand itu menangani asakan-asakan pertanyaan Ram Karpal.

Beliau dilihat tidak mudah melatah dan kadang kala ketawa kecil; mungkin bagi menenangkan dirinya.

Bagaimanapun, apabila menjelaskan mengenai ujian profil DNA yang dijalankan, wanita itu dilihat begitu yakin.

Pada satu ketika, mungkin akibat tidak tahan dengan pertanyaan peguam itu yang bertubi-tubi dalam nada yang keras, saksi itu dengan selamba meminta Ram Karpal agar lebih berhemah.

NA : Boleh tak awak jangan menjerit? Saya di sini untuk membantu mahkamah. Saya perlu beri penjelasan tetapi awak tak bagi saya jelaskan.

Sebelum prosiding mahkamah berhenti pada pukul 4 petang, Nor Aidora sekali lagi secara selamba menjadikan Hakim Mohamad Zabidin sebagai contoh.

"DNA sentuhan (trace DNA) ialah DNA yang diperoleh daripada sesuatu permukaan yang telah disentuh. Contohnya, kalau saya ambil cermin mata Yang Arif dan buat calitan padanya, itu DNA sentuhan," katanya.

Jawapannya itu menyebabkan hakim terbabit yang pada mulanya kelihatan serius, tersenyum dan tertawa kecil.

Friday, February 25, 2011

Wang Lesap

Niat ingin labur dan dapat untung besar, akhirnya tertipu

BATU PAHAT 24 Feb. - Akibat ingin cepat kaya, seorang lelaki kerugian RM2,000 apabila mudah menyerahkan wang itu kepada tiga lelaki yang hanya dikenali melalui telefon setelah ditawarkan peluang pelaburan lumayan dalam perniagaan import peralatan pertukangan.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an memasukkan wang itu ke dalam akaun salah seorang suspek bulan lalu untuk menjadi rakan kongsi mereka.

Suspek kemudian meminta wang tambahan sebanyak RM5,000 menyebabkan mangsa mula curiga kerana pelaburan awal yang diberikan masih belum mendatangkan hasil.

Mangsa yang mula bimbang dirinya ditipu telah membuat laporan polis awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, hasil risikan, pihaknya berjaya mengesan tiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di sebuah bank di Taman Intan di Kluang pada 11 Februari lalu.

"Polis telah menghampiri kereta Toyota Vios dinaiki suspek dan mengarahkan mereka supaya berhenti. Namun, mereka bertindak nekad melanggar pintu kereta peronda polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Fawzi berkata, polis kemudian mengejar suspek dan meminta bantuan pasukan peronda lain setelah mendapati kereta dinaiki suspek menghala ke arah lebuh raya.

Menurutnya, kereta itu berjaya ditahan dan dua daripada suspek ditangkap manakala seorang lagi turun dan melarikan diri di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap.

"Bagaimanapun, lelaki itu yang juga dalang utama kumpulan tersebut berjaya ditahan di rumahnya di Taman Melodi, Kluang tidak lama kemudian.

"Kita dapati kereta yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Johor Bahru dengan nombor casis, enjin dan nombor pendaftaran telah diubah," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan polis juga sedang menyiasat pembabitan mereka dalam kes penipuan tersebut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Rugi 2 ribu akibat nak kaya cepat

Niat ingin labur dan dapat untung besar, akhirnya tertipu

BATU PAHAT 24 Feb. - Akibat ingin cepat kaya, seorang lelaki kerugian RM2,000 apabila mudah menyerahkan wang itu kepada tiga lelaki yang hanya dikenali melalui telefon setelah ditawarkan peluang pelaburan lumayan dalam perniagaan import peralatan pertukangan.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an memasukkan wang itu ke dalam akaun salah seorang suspek bulan lalu untuk menjadi rakan kongsi mereka.

Suspek kemudian meminta wang tambahan sebanyak RM5,000 menyebabkan mangsa mula curiga kerana pelaburan awal yang diberikan masih belum mendatangkan hasil.

Mangsa yang mula bimbang dirinya ditipu telah membuat laporan polis awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, hasil risikan, pihaknya berjaya mengesan tiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di sebuah bank di Taman Intan di Kluang pada 11 Februari lalu.

"Polis telah menghampiri kereta Toyota Vios dinaiki suspek dan mengarahkan mereka supaya berhenti. Namun, mereka bertindak nekad melanggar pintu kereta peronda polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Fawzi berkata, polis kemudian mengejar suspek dan meminta bantuan pasukan peronda lain setelah mendapati kereta dinaiki suspek menghala ke arah lebuh raya.

Menurutnya, kereta itu berjaya ditahan dan dua daripada suspek ditangkap manakala seorang lagi turun dan melarikan diri di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap.

"Bagaimanapun, lelaki itu yang juga dalang utama kumpulan tersebut berjaya ditahan di rumahnya di Taman Melodi, Kluang tidak lama kemudian.

"Kita dapati kereta yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Johor Bahru dengan nombor casis, enjin dan nombor pendaftaran telah diubah," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan polis juga sedang menyiasat pembabitan mereka dalam kes penipuan tersebut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Nak Kekal Bom Rakyat




Tentera bedil masjid



HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar di Tobruk, Libya.
BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.



DOA...penunjuk perasaan antikerajaan berdoa dalam hujan.


PROTES...sekumpulan lelaki di atas kereta perisai tentera.


SELAMAT...seorang lelaki bersama dua anaknya berjalan di landasan kapal terbang.

Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.

Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.


Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.’



“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya.

Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.

“Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.

Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya.

Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.

“Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. — Agensi

Baj cantik jadi gatal


Satu badan gatal-gatal



GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.
JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.

Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.


Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.

Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.


“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.

S-Mahkamah Tinggi


Kes bunuh Sosilawati dipindah ke Mahkamah Tinggi


N. PATHMANABHAN (dua kiri) bersama tiga pekerja ladangnya diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, semalam.

KUALA LANGAT 24 Feb. - Kes bekas peguam, N. Pathmanabhan bersama tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Mac ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Hurman Hussain membenarkan permohonan itu semasa kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini.

Pathmanabhan, 41, bersama T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30, didakwa membunuh keempat-empat mangsa di antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Selain Sosilawati, 47, turut menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah pemandu wanita tersebut, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Norhisham Mohammad, 38.

Pathmanabhan diwakili oleh empat peguam iaitu Ravi Nekoo, Pushpa Ratnam, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad, manakala ketiga-tiga pekerja ladang itu tidak diwakili peguam bela.

Sementara Ishak turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani.

Tiga hari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tempoh hukuman penjara terhadap dua lagi pekerja ladang Pathmanabhan yang disabitkan atas kesalahan melupuskan bahan bukti pembunuhan tersebut ditambah daripada tujuh tahun kepada 20 tahun.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian terhadap K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, selepas membenarkan semakan kehakiman terhadap hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Telok Datok ke atas setiap tertuduh terbabit.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing selepas dua hari Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh pada 13 Oktober tahun lalu.

Semakan kehakiman dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah iaitu seseorang hakim boleh membuat semakan terhadap keputusan mahkamah rendah untuk membetulkan keputusan, rumusan, hukuman dan perintah.

Berita kehilangan jutawan Sosilawati telah menggemparkan negara di saat umat Islam bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Lebih mengejutkan, media massa kemudian melaporkan bahawa pihak polis mengesahkan bahawa keempat-empat mangsa telah dipukul sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Pemikiran Pembangkang

5 pengawal keselamatan UPM cedera

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Lima pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) disahkan mengalami kecederaan termasuk seorang terpaksa menerima 16 jahitan di tangan semasa cuba menghalang sekumpulan pelajar promahasiswa memasuki pejabat pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kelima-lima pengawal keselamatan itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan setelah cedera terkena cermin kaca yang pecah dirempuh kumpulan pelajar berkenaan.

Beliau berkata, dua daripada mereka mendapat luka di tangan kanan menyebabkan masing-masing terpaksa menerima 16 dan enam jahitan.

"Tiga lagi rakan mereka mengalami kecederaan ringan iaitu luka kecil di tangan dan kaki.

"Kelima-lima mangsa berusia antara 32 hingga 35 tahun bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini.

Semalam, kekecohan berlaku di UPM apabila sekumpulan 200 pelajar promahasiswa bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan HEP membatalkan kemenangan 11 calon.

Kumpulan pelajar itu dianggotai gabungan pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UPM.

Mereka mula berkumpul seawal 10.30 malam kelmarin bertujuan meminta penjelasan Timbalan Naib Canselor HEP UPM mengenai pembatalan kemenangan calon terbabit.

Namun, keadaan menjadi tidak terkawal pada pukul 3 petang semalam, apabila pengawal keselamatan dan kakitangan HEP cuba menghalang mereka memasuki pejabat pentadbiran sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan mahasiswa tersebut.

Menurut Abd. Razak, setakat ini, dua laporan diterima mengenai kejadian tersebut iaitu dibuat oleh pihak pentadbiran UPM dan pengawal keselamatan.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian serta video yang diambil oleh polis dan pelajar, pihaknya sudah mengenal pasti lebih lima pelajar yang bertanggungjawab mencetuskan kekecohan itu.

"Kita sudah meneliti rakaman CCTV di tempat kejadian, rakaman video diambil polis dan pelajar yang dimuat turun dalam laman sosial Facebook untuk membantu siasatan.

"Lebih lima pelajar dikenal pasti terlibat mencetuskan kekecohan itu dan mereka akan dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Abd. Razak turut meminta kedua-dua pihak terlibat dalam masalah ini agar mencari penyelesaian dengan cara berkhemah dan bijaksana bagi mengelak kejadian sama berulang.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan pertemuan antara kumpulan pelajar promahasiswa dan Naib Canselor HEP UPM yang sepatutnya diadakan hari ini bagi membincangkan isu tersebut, telah ditunda kepada esok.

"Di sini, pihak polis ingin menasihatkan mereka yang terlibat supaya mengawal diri, tidak bertindak agresif dan mengambil tindakan di luar undang-undang.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika mahasiswa terbabit melanggar undang-undang kerana menjadi tanggungjawab polis mengawal keselamatan termasuk dalam kawasan universiti," ujarnya.

Selain itu, beliau turut memberi amaran kepada pihak luar supaya jangan cuba mengambil kesempatan memanipulasikan isu tersebut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Siswi Buang Bayi 300km


Siswi tunggang motor 300km
Oleh Salman Hamat
am@hmetro.com.my

PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.
“Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya, semalam.


Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.



Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.

“Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Thursday, February 24, 2011

Tangkap Ikan Dlancang


Pesta Menangkap Ikan meriah

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my

Orang ramai membanjiri Tasik Mini Estet, Kampung Cempaka, Lanchang sempena Pesta Menangkap Ikan, baru-baru ini. – utusan/ MUSAZLILA MUSTAPAR

LANCHANG 23 Feb. – Seawal pukul 7 pagi orang ramai sekitar Lanchang termasuk dari Kuala Lumpur telah membanjiri Tasik Mini Estet, Kampung Cempaka, dekat sini untuk menyertai Pesta Menangkap Ikan, baru-baru ini.

Meskipun pesta itu dianjurkan dua tahun sekali namun, setiap kali ia diadakan, sambutan yang diterima amat luar biasa.

Ini kerana tasik yang berkeluasan 16 hektar itu mampu menampung jumlah peserta yang ramai dalam satu-satu masa.

Tambahan pula, kedudukan Lanchang yang terletak di laluan yang hampir dengan daerah Lipis, Raub, Bentong dan Kuala Lumpur memudahkan orang ramai untuk sama-sama menyertai pesta tradisi itu.

Apa yang menarik dalam pesta tersebut ialah para peserta berpeluang menangkap pelbagai spesies ikan yang terdapat di dalam tasik berkenaan.

Ada juga peserta yang sanggup bermalam di tepi tasik itu kerana tidak mahu terlepas peluang untuk menangkap ikan pada keesokan harinya.

Bagi tujuan itu, mereka membawa pelbagai kelengkapan menangkap ikan termasuk jala, jaring dan sauh.

Ada kalangan mereka juga membawa ramai ahli keluarga supaya mendapat jumlah tangkapan yang banyak.

Keseronokan peserta terbabit jelas terpancar menerusi keceriaan masing-masing ketika menangkap ikan.

Tidak kurang juga ada antara mereka yang sekadar mahu bersuka ria bersama ahli keluarga dan merasai kehidupan orang kampung menangkap ikan air tawar.

Pada pesta kali ini, lebih 2,000 peserta tidak melepaskan peluang menyertainya untuk mendapatkan ikan yang kaya dengan sumber protein itu.

Pesta menangkap ikan tersebut dirasmikan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.

Turut hadir, Ketua UMNO Cawangan Kampung Cempaka, Ishak Jamaludin, Setiausaha UMNO Bahagian Temerloh, Razmi Sudin dan Pegawai Perikanan Temerloh, Haris Lebai Yunus.

Pengerusi Tasik Mini Estet itu, Ishak Mohamad berkata, kawasan terbabit mempunyai 52,000 spesies ikan termasuk likoh, kap rumput, jelawat, patin, lampam, rohu, keli, haruan, puyu dan sepat.

Menurutnya, pesta itu diadakan dua tahun sekali kerana pihaknya mengalami masalah kewangan untuk membeli makanan ikan.

Sehubungan itu, jelasnya, pihaknya terpaksa membiarkan ikan-ikan di dalam tasik terbabit membesar dengan mencari makanan sendiri seperti rumpai, rumput dan hidupan kecil lain.

“Kita memang berhasrat mengadakan pesta ini setiap tahun tetapi memandangkan mengalami masalah kewangan, kita terpaksa membiarkan ikan ini membesar secara semula jadi dengan memakan makanan yang ada di dalam tasik itu.

‘‘Jika kita memberi makanan tambahan sudah pasti kadar pertumbuhan ikan ini lebih cepat.

“Dengan keluasan tasik ini, kami tidak mampu memberi ikan-ikan makan setiap hari. Namun, kita lihat ikan ini membesar dengan baik dan rasa isinya lebih sedap kerana ia memakan sumber semula jadi yang ada di dalam tasik,” katanya.

Ishak berkata, tasik semula jadi tersebut boleh memuatkan lebih 200,000 ribu ikan dalam satu-satu masa.

Bagaimanapun jelasnya, jumlah itu terpaksa dikurangkan supaya ikan-ikan yang terdapat dalam tasik tersebut dapat membesar dengan baik.

Pihaknya berterima kasih kepada Jabatan Perikanan daerah yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar dalam memastikan ikan-ikan dalam empangan itu membesar dan hidup dalam habitat yang selesa.

Kutip Beras Lori Terbalik

Malu gelagat orang ramai kutip beras

PADA mulanya saya menyangka gambar orang yang mengutip beras dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia semalam adalah gambar rakyat Libya yang berebut mengutip beras tersebut. Ini kerana tajuk utama di bahagian atas gambar tersebut mengenai apa yang sedang berlaku di Libya.

Sarapan pagi saya terhenti seketika apabila saya teringat bahawa makanan asasi rakyat Libya bukan beras. Mereka makan roti, kuskusi, makaroni atau spageti yang mana kesemuanya terbuat daripada gandum. Saya sangat terkejut apabila mengetahui bahawa gambar yang dipaparkan adalah peristiwa kemalangan yang berlaku di KM 394 Lebuh Raya Utara Selatan.

Saya malu melihat peristiwa tersebut. Perasaan mual saya timbul apabila memikirkan mereka yang memungut beras tersebut sudah tentu akan membawa ke rumah dan dimasak menjadi nasi kemudian dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk yang sedap untuk dihidangkan kepada keluarga. Mereka merasakan nikmat makanan yang dihidangkan tersebut tanpa memikirkan penderitaan orang lain.

Saya tidak tahu apakah agama mereka yang memungut beras tersebut. Namun, saya rasa tiada satu agama pun yang membenarkan perbuatan seumpama itu. Bahkan akal yang sihat tidak dapat menerima cara seperti itu.

Kita selalu mengutuk dan membenci perbuatan mencuri, rasuah dan apa-apa cara yang dilakukan dengan cara tidak baik dalam mencari rezki. Adakah kita tidak melakukan perkara-perkara keji selama ini sebab kita tiada peluang? Dan apabila peluang untuk melakuknnya terbentang luas, kita melakukannya tanpa segan silu? Jadi, apa bezanya kita dengan mereka yang mencuri, merompak dan meragut dan mengamalkan rasuah?

Jika ada umat Islam yang terlibat dalam gerombolan yang memungut beras tersebut, saya mengetuk pintu hati mereka supaya merenung kembali (muhasabah) terhadap diri dan keimanan kita. Adakah kita hanya beriman kepada Allah SWT hanya sebagai Tuhan pencipta saja? Bukankan keimanan yang benar itu meyakini bahawa Allah SWT maha melihat dan maha mengetahui?

Jika iman kita kepada Allah SWT hanya terbatas kepada keyakinan bahawa Allah itu sebagai pencipta sahaja dan pada masa yang sama tiada keyakinan terhadap Allah dengan segala sifatnya yang terkandung dalam Asmaul Husna, maka apa bezanya kita dengan iblis yang dilaknat oleh Allah itu?

Ingatlah apa saja yang kita lakukan sama ada baik atau buruk walau sekecil mana sekalipun akan dibalas oleh Allah SWT. Firman Allah dalam surah Az-zalzalah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah akan dia lihat dan terima balasannya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah akan dia lihat dan terima balasannya". (Surah Al-zalzalah ayat 7 dan 8).

Saya mengajak saudara-saudara yang terlibat denga memungut beras tersebut agar bertaubat dengan memulangkan kepada pemiliknya.

ISMAIL HASSAN BATU BARA

Kangar, Perlis

Cekup Laki Khalwat

Wanita cekup suami khalwat


ALOR SETAR: Seorang isteri yang tidak tahan melihat kecurangan suaminya kerana kerap pulang lewat dan bermalam di rumah teman wanitanya sejak beberapa bulan lalu nekad mencekup suaminya di sebuah rumah sewa di Kampung Didik, Kuah, Langkawi, pagi semalam.

Wanita berusia 30 tahun itu berang melihat suaminya yang berusia 34 tahun hanya berseluar dalam dan tidur di atas katil ketika anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) membuat pemeriksaan di sebuah bilik utama di rumah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.
Dia yang gagal mengawal perasaan marahnya memaki-hamun wanita berusia 29 tahun yang dicekup bersama suaminya itu sebaik pintu bilik dibuka.

Lanjutan Kees Tetak suami

'Hanya saya, dia, keluarga tahu perkara sebenar'

IPOH 23 Feb. - "Hanya saya, dia dan keluarga kedua-dua belah pihak yang tahu perkara sebenar. Biarlah apa yang dia mahu katakan sedangkan Allah yang lebih mengetahui."

Itu luahan isteri kepada juruteknik yang mendakwa ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan dekat sini pada Jumaat lalu.

Dalam nada sebak, wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga mertua untuk tampil membersihkan kembali namanya yang tercemar akibat tuduhan suaminya.

Namun katanya, dia masih belum bersedia untuk tampil menceritakan hal sebenar dan meminta diberikan masa untuk menenangkan fikiran.

Wanita yang berusia 24 tahun itu juga memberitahu, dia kini berada di sebuah kampung dan telah diberikan cuti oleh majikannya bermula semalam sehingga Ahad depan.

"Saya belum bersedia namun saya akan ceritakan semuanya apabila sampai masanya. Saya minta beri saya ruang untuk menenangkan fikiran dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebelum talian diputuskan dan dia gagal dihubungi kemudiannya.

Semalam, Ahmad Khusairi Abdul Rahim, 31, mendakwa dia dicederakan oleh isterinya yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di sini dengan menggunakan pisau pemotong daging akibat sikap cemburu melampau wanita itu.

Akibat kecederaan itu, juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, terpaksa menerima 15 jahitan dan putus tiga urat lengan kiri sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.

Wanita itu yang enggan mendedahkan lokasinya berkata, dia akan tampil bersama bukti-bukti bagi memberitahu semua pihak bahawa dia tidak bersalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihak polis masih lagi menunggu untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada kedua-dua pihak bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Ahmad Khusairi di akhbar yang masih sayangkan isterinya sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua belah pihak tersebut ingin meneruskan kes berkenaan.

"Kadangkala ada kes yang melibatkan masalah rumah tangga sebegini, ia hanya dilaporkan kepada polis sebagai amaran kepada pasangan masing-masing," katanya.

Namun begitu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, February 23, 2011

Suami Malu Tgk Faraj xmau Hubungan Intim

Takut hubungan intim


ADA satu kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca pada minggu ini. Mungkin pada sesetengah orang ia tidak serius tetapi bagi saya kisahnya memang pelik, namun ia benar-benar berlaku.

Ia berkaitan seorang suami yang tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri walaupun berkahwin beberapa tahun. Alasannya, dia malu melihat kemaluan isteri selain takut melakukan hubungan seks.
Menakjubkan juga apabila si isteri bersabar dan pada masa sama, tidak pernah jemu memujuk suami dengan melakukan belaian manja, namun akhirnya suami menarik diri.

Ia bukan kerana suaminya mengalami masalah dengan alat kelamin, sebaliknya dia terlalu malu selain takut untuk melakukan hubungan seks.


Akibatnya, selain isteri terseksa daripada segi batin, keluarga mentua menganggap suami terkena buatan orang. Lantas, suami dibawa bertemu bomoh untuk diurut kerana isterinya tidak mengandung walaupun sudah lama berkahwin.



Apa yang berlaku kepada suami itu memang aneh kerana jarang berlaku keadaan di mana lelaki tidak suka melakukan hubungan seksual.

Suami terbabit mungkin terfikir hubungan seks membabitkan perkara ‘aneh’ iaitu perlu berdepan pasangan dalam keadaan memalukan, berbogel atau selak kain, perlu sentuhan kepada anggota kelamin dan pelbagai lagi.

Semua itu mungkin mengaibkan. Berdasarkan aduan diterima, si isteri turut cuba membantu menyelesaikan masalah dengan bersama-sama menonton ‘filem dewasa’ tetapi suaminya tetap tidak mahu melakukan seks, sebaliknya lebih gemar menonton filem itu berseorangan.

Selain itu, belaian diberi kepada suami turut ‘memanaskan’ lelaki itu tetapi apabila syahwat semakin meningkat suami tiba-tiba menarik diri, menyebabkan isterinya terkapai-kapai sendirian.

Dalam menghadapi masalah sebegini, peranan isteri sangat penting. Memandangkan isteri itu sudah biasa tidak mendapat kepuasan seks selain sentiasa bersabar dengan suami, nyata usahanya membawa kemajuan.

Biarpun isteri itu secara spesifik masih gagal mendapatkan kepuasan seks, terbukti belaian dan cumbuan mampu membuatkan suaminya ‘panas’ hinggalah dia akhirnya meminta dihentikan.

Jadi, kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini, isteri digalakkan untuk terus membelai dan mendidik suaminya melakukan hubungan intim. Jangan sekali-kali fikir perbuatan isteri meminta adegan intim daripada suami adalah sesuatu yang aneh. Ini kerana ia perbuatan yang sangat diperlukan dalam situasi dihadapi.

Isteri juga perlu terus bersabar jika mahu mengekalkan kehidupan rumah tangga. Pada masa sama suami perlu mendapat banyak pendedahan daripada pembimbing atau membaca buku panduan supaya mampu membuka minda, selain tidak tersalah tafsir berkaitan seks.

Antara pendekatan sesuai ialah bimbingan dan kaunseling seks dan bantuan pakar perubatan. Ia memang memerlukan masa dan bimbingan susulan perlu dilakukan sehingga berlaku perubahan terhadap si suami. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan hidup berumahtangga.

Curi Seluar Dalam

Dicekup curi seluar dalam


KUALA LUMPUR: Hanya mengidam memiliki seluar dalam berjenama terkemuka, seorang kerani sanggup mencuri sebelum bergelut dengan pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, pagi kelmarin.

Kerani bank berusia 29 tahun berasal dari Pulau Pinang cuba melepaskan diri selepas dikejar pengawal keselamatan yang menyedari jenayah dilakukan suspek sebelum berjaya dicekup.

Cara Sewa Laki

>Tak mungkin cinta suami sebaya ayah kandung


KUALA LUMPUR: “Saya tidak mungkin cintakan dia kerana usia ‘suami’ sebaya dengan ayah kandung saya di Guangzhou, China. Malah, saya tidak pernah ingin tahu nama penuhnya,” katanya seorang pekerja spa di Bukit Bintang yang hanya mahu dikenali sebagai Qee, 20.

Dia mendakwa berkahwin dengan lelaki tempatan terbabit pada Jun tahun lalu hanya membolehkan dia tinggal lebih lama di negara ini tanpa perlu bimbang diberkas pihak Jabatan Imigresen atau polis.


“Jika ditahan, saya akan menunjukkan dokumen perkahwinan dengan lelaki tempatan, sekali gus saya tidak akan ditahan serta dilayan seperti pendatang asing selain dihantar ke depoh tahanan sementara.

“Berbanding gadis warga asing lain dari Indonesia atau Thailand, kami lebih bijak kerana mempunyai pasport sah memasuki negara ini. Perbuatan itu lebih berisiko berbanding kami yang sebelum ini berulang alik memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong,” katanya.


Ditanya bagaimanapun perkahwinan terbabit boleh berlangsung, dia tanpa berselindung memberitahu diperkenalkan seorang rakan kepada ‘suaminya’ yang berusia 50-an dan sudah berkahwin. “Semuanya diuruskan mereka sebelum saya dibawa ke pejabat kerajaan untuk mendaftarkan perkahwinan itu. Agak melucukan apabila saya berpura-pura mesra dan kami saling mengenakan pakaian tradisional sebelum merakam gambar perkahwinan di sebuah studio perkahwinan di Jalan Pudu, di sini,” katanya.

Bini Baran Tetak Laki



Isteri baran tetak suami
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


PARAH...Ahmad menunjukkan kesan jahitan akibat ditetak isterinya.
IPOH: Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di sini, Jumaat lalu.

Lebih malang, tetakan menggunakan pisau pemotong sayur itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 31, dari Kuala Kangsar, putus urat lengan kiri menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau.

Ahmad yang juga seorang juruteknik berkata, sebelum itu, isterinya menjawab panggilan daripada sepupu wanitanya dan mereka berbual mengenai sesuatu mengenai dirinya.


Katanya, dia tidak pasti apa mereka bualkan, namun yakin perbualan itu menaikkan kemarahan isterinya.



“Berdasarkan perbualan telefon itu, sepupu memaklumkan kepada isteri, saya seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik perempuan ke rumah ketika bujang dulu.

“Seketika kemudian, saya mengambil telefon daripada isteri dan bercakap dengan sepupu. Saya bertanya kepadanya apa dibualkan dengan isteri, namun dia (sepupu) menafikan dakwaan itu,” katanya.

Katanya, sebaik menamatkan perbualan, dia bersandar pada sofa sebelum isteri muncul di hadapannya sambil memegang sebilah pisau dan terus menetak lengannya.

Menurutnya, isterinya cuba menetak pada muka dan kepalanya, namun dia sempat menahan dengan tangan kiri sehingga menyebabkan pendarahan teruk.

“Isteri menjerit ‘abang sudah melampau’ sebelum menetak saya dengan pisau. Saya cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan, namun isteri mengunci pintu rumah dan menghalang saya keluar.

“Saya sempat mengambil kunci pendua rumah dan telefon bimbit sebelum membuat panggilan ke talian 999 untuk meminta bantuan polis dan ambulans,” katanya.

Ahmad berkata, dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dengan sebuah kereta peronda polis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya mengakui isteri seorang yang baran dan cemburu buta. Malah, rumah tangga kami sering berdepan masalah selepas hidup bersama sejak 11 bulan lalu.

“Kami sering bergaduh, namun saya tetap sayangkannya dan berdoa agar dia memperbaiki sikapnya itu. Pernah satu ketika, saya disepak terajang dan dimaki hamun, tetapi saya reda dengan perbuatannya itu,” katanya.

Menurutnya, dia juga terkilan kerana isterinya tidak pernah menjenguknya di hospital sepanjang menerima rawatan walaupun bertugas di hospital sama.

Ditanya sama ada dia akan menceraikan isterinya, Ahmad berkata, insiden itu tidak melunturkan rasa sayangnya kepada isteri, malah mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah.

“Penceraian bukan penyelesaian, sebaliknya saya mahu insiden yang menimpa saya memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana sekali gus menginsafkan isteri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh, petang semalam.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat kes itu kerana isteri mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh sebelum ini.