Monday, February 14, 2011

Ponteng Dalam Pembetong

Warga asing maut dalam pembetung ponteng kerja


SUBANG JAYA: Dua warga asing yang ditemui maut dalam lubang pembetung berhampiran sebuah restoran di pusat beli-belah di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu, dipercayai sengaja menyembunyikan diri daripada majikannya untuk ponteng kerja selama beberapa jam.

Difahamkan, siasatan awal polis mendapati kedua-dua warga asing itu sengaja memasuki lubang pembetung itu untuk ponteng kerja dan kerap berbuat demikian.


Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintendan Abdul Aziz Abdul Majid, berkata siasatan awal mendapati dua warga asing terbabit baru beberapa bulan bekerja di restoran berkenaan, tetapi kerap ponteng kerja.

“Tiada saksi nampak mereka berdua memasuki lubang berkenaan. Hanya dua rakannya mendengar suara meraung meminta bantuan,” katanya.


Menurutnya, seorang rakan mereka kini koma di hospital manakala seorang lagi sudah pulih, namun masih lemah.


“Polis belum mengambil keterangan kedua-dua mereka kerana mereka masih lemah. Bagaimanapun, selepas mereka pulih sepenuhnya, kami akan tahu motif rakannya yang maut itu memasuki lubang pembetung berkenaan,” katanya. Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan dua warga asing ditemui maut manakala dua lagi tidak sedarkan diri dipercayai terhidu gas beracun selepas masuk ke dalam lubang pembetungan sebuah restoran di pusat beli-belah di Subang Jaya, di sini.

No comments:

Post a Comment