Monday, November 7, 2011

buah pisang tengah batang

Pokok pisang keluar tandan di tengah batang


Elyas Wahi menunjukkan pokok pisang yang mengeluarkan buah pada tengah batang pokok di Taman Selasih, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.


PORT DICKSON 6 Nov. – Seorang penanam pokok pisang di Lukut dekat sini menemui setandan pisang yang tumbuh pada batang pokok buah itu yang ditanam di belakang rumahnya.
Elyas Wahi, 51, menemui pisang ganjil itu ketika ingin menebang pokok pisang yang sudah kering di rumahnya di Taman Selasih di sini baru-baru ini.
“Ketika pulang dari kerja, saya ingin tebang pokok pisang yang sudah kering.
“Tiba-tiba saya melihat sebatang pokok pisang saya berbuah di batangnya,” katanya yang ditemui di rumahnya itu.
Menurutnya, beliau telah menanam pokok pisang itu selama setahun dan hasil yang ditemuinya itu amat mengejutkan.
Katanya, berkebun adalah hobi utamanya bagi mengisi masa lapang terutamanya selepas pulang dari kerja.
“Semuanya pasti ada maksud yang tersendiri dan apabila pisang itu sudah masak, pastinya saya tidak akan menjualnya seperti hasil tanaman yang lain,” katanya yang juga seorang anggota polis.

No comments:

Post a Comment