Wednesday, November 9, 2011

serangan 8 parang

Tetak rebut harta waris

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TELUK INTAN: Perebutan harta dipercayai menjadi punca empat beranak melalui detik menakutkan apabila ‘dihujani’ tetakan parang oleh lapan lelaki menyebabkan seorang daripada mangsa cedera parah dengan jari tangan hampir putus.
Dalam kejadian jam 10.30 malam Ahad lalu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Letchumanan, 56, dikatakan berehat di rumahnya di Kampung Teluk Kumpol, Hutan Melintang, dekat sini, bersama beberapa ahli keluarga termasuk dua wanita sebelum didatangi sekumpulan 20 lelaki bermotosikal.

Lapan daripada lelaki berkenaan termasuk seorang saudara mangsa menyerang Letchumanan dan tiga lagi ahli keluarga yang kesemuanya lelaki.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kesemua mangsa tidak sempat berbuat apa-apa berikutan suspek yang terus menyerang mereka sejurus mangsa membuka pintu.

“Serangan itu menyebabkan Letchumanan dan tiga ahli keluarganya cedera di tangan, kepala dan badan akibat ditetak dengan parang. “Seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah apabila ibu jari tangan kanannya hampir putus serta kesan tetakan teruk di belakang badan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek turut melarikan barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa dengan nilai anggaran keseluruhan RM10,000 sebelum melarikan diri.


Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan kecemasan dan kini dilaporkan stabil. “Polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini berpunca tidak puas hati seorang saudara mangsa berhubung pengagihan harta peninggalan saudara mereka yang meninggal dunia.

“Keluarga mangsa pernah membuat beberapa laporan polis berhubung ugutan diterima daripada pihak tertentu berkaitan harta peninggalan waris mereka,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti suspek utama yang dipercayai dalang kejadian itu serta rakannya dan menjalankan gerakan memburu mereka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah ketika melakukan samun.

No comments:

Post a Comment