Friday, November 18, 2011

jangan terburu2 nak jadi model

‘Jangan terburu-buru’
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Pengalaman seperti ini memang ada pada peringkat awal menjadi model. Saya sendiri sewaktu masih baru dalam dunia peragaan, berdepan kes berunsurkan penipuan.

“Saya masih ingat waktu mendapat tawaran menjadi model, penganjur ketika itu hanya memberikan alamat saja. Bila sampai, saya dapati hanya ada rumah kosong, timbul perasaan takut, saya terus meninggalkan kawasan itu,” kata model terkenal, Tengku Azura, 36.


Dia yang menyertai dunia peragaan seawal usia 17 tahun berkata, apa yang dilakukan pada awal pembabitannya ialah membuat persediaan rapi termasuk memberitahu ibu bapa dan rakan terdekat mengenai hasrat menyertai bidang peragaan Dengan cara itu, katanya, kita akan yakin dengan keputusan dibuat kerana ahli keluarga akan berusaha memastikan agensi yang benar-benar menjalankan perniagaan berasaskan peragaan akan dirujuk untuk mengetengahkan bakat yang ada.

“Kita perlu cari mereka yang berpengalaman sebelum membuat keputusan selanjutnya. Pada saya, yang penting ialah maklumkan hasrat itu kepada ahli keluarga bagi mengelakkan berlakunya penipuan kerana banyak agensi mengaku mampu melahirkan model.


“Apapun, jangan terburu-buru mengikut darah muda kerana kita terdedah untuk menjadi mangsa penipuan. Siasat dulu syarikat atau individu berkenaan,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Dia mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai jurugambar dan penguji bakat sebuah syarikat peragawati terkenal memperdaya 15 gadis termasuk mengadakan hubungan seks sebagai syarat menjadi model.


Menjadikan hotel di ibu negara sebagai ‘studio’ peragaan, semua mangsa dikenali menerusi laman sosial, diarah menanggalkan pakaian sebagai proses pemeriksaan anggota badan untuk memastikan tiada kesan parut atau luka selain melakukan hubungan seks bagi melayakkan mereka menjadi model.

Click Here

Seorang lagi model, Amber Chia, berkata banyak saluran yang boleh digunakan untuk memeriksa status syarikat peragawati di negara ini termasuk melayari laman web dan sebagainya malah semua agensi berkaitan mempunyai maklumat yang boleh disemak di dalam Internet.


Menurutnya, sebagai pemilik Akademi Amber Chia, dia sendiri pernah didatangi gadis yang berminat menyertai dunia peragaan dan memaklumkan ditipu individu tertentu kononnya berpengalaman dalam bidang berkenaan selain mengenakan caj tinggi.

“Saya dimaklumkan remaja itu bahawa dia perlu membayar RM10,000 untuk menjalani latihan dan jumlah itu terlalu tinggi jika dibandingkan kadar biasa iaitu RM2,000,” katanya ketika dihubungi semalam.


Menurut Amber, antara perkara utama perlu dilakukan seseorang sebelum menjalani uji bakat ialah mengetahui sama ada syarikat atau individu itu adalah ‘orang industri’.

No comments:

Post a Comment