Wednesday, November 16, 2011

penoreh rasuah juga

Penoreh getah dipenjara kerana rasuah
Oleh : SH MNS/ HUSSAINI AMRAN
Tarikh : November 16, 2011
SEREMBAN - Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM3,000 setelah mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang anggota polis di Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini, hari ini.
Tertuduh, Roobanraw Subramaniam, 19, beralamat di Felda Serting Hilir, Jempol, turut berdepan hukuman lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Dia membuat pengakuan itu di depan Hakim, Datin Nursinah Adzmi, setelah pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jasmi Buang, dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Menurut pertuduhan, Roobanraw didakwa memberi suapan sebanyak RM50 kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang bertugas di Balai Polis Ayer Hitam, Jempol.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan kepada pengadu untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana memandu lori tanpa lesen yang sah di Kilometer 18, Jalan Bahau-Kemayan, Simpang Empat, Ayer Hitam, Jempol, kira-kira jam 3 petang, 10 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment