Monday, November 14, 2011

kena tipu ratusan ribu

Suri rumah ditipu RM738,000 dan diugut
Oleh : SH SELANGOR&KUALA LUMPUR/AHMAD ISMADI ISMAIL
Tarikh : November 11, 2011
KUALA LUMPUR - Akibat terpedaya dengan janji manis, seorang suri rumah ditipu oleh bekas teman lelakinya yang berjaya mengikis sebanyak RM 738,000 sejak 10 tahun lalu.

Wanita yang berusia 45 tahun itu berkata, lelaki itu seringkali mengugutnya untuk mendapatkan wang, jika dia tidak berbuat demikian lelaki itu akan mendedahkan hubungan sulit mereka kepada suaminya yang berada di Jepun.

"Lelaki itu mengugut serta memaksa saya meninggalkan rumah di Kulim dan menyerahkan hak milik rumah itu. Oleh kerana takut nyawa terancam, saya bersembunyi di ibu kota," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Wanita itu berkata, lelaki itu berusia 52 tahun, bekerja sebagai bookie haram dan dipercayai mempunyai ramai kenalan dari kalangan kongsi gelap.

"Saya berharap polis segera mengambil tindakan ke atas lelaki ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan (PGRM), Wilson Lau Hoi Keong, berkata, wanita itu membuat tiga laporan polis mengenai ugutan itu, dipercayai lelaki itu menipu beberapa wanita lain.
"Saya akan menghantar surat kepada balai polis berkenaan untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung kes ini," katanya.

No comments:

Post a Comment