Friday, April 6, 2012

alahai kerani maybank

Pengurus bersikap angkuh, bank silap pelanggan dimarahi

PELANGGAN KECEWA
Tangkak, Johor.

Saya begitu terkilan dengan sikap pengurus Maybank cawangan Tangkak, Johor, yang bukan sahaja tidak mahu mengaku kesilapan dilakukan oleh pihaknya, malah sebaliknya pelanggan pula diherdik dan diperkecil-kecilkan.

Kejadian berlaku baru-baru ini apabila seorang petugas bank cawangan berkenaan dengan cuai telah menutup akaun pinjaman Amanah Saham Bumiputra (ASB) saya sedangkan saya hanya mahu membatalkan arahan bayaran (standing instruction) untuk bayaran pinjaman ASB tersebut.

Pembatalan arahan bayaran ini dibuat kerana berlaku pertindihan pembayaran apabila bapa saya turut membuat bayaran secara tunai bagi pinjaman tersebut.

Akibat kecuaian itu, pihak saya bukan sahaja menanggung kerugian kerana terpaksa membuat permohonan pinjaman baru, tetapi lebih mendukacitakan pengurus cawangan terbabit enggan memohon maaf dan tidak mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pihaknya.

Lebih perit lagi, beliau memperkecil-kecilkan saya. Katanya saya patut bersyukur kerana tanpa pendahuluan oleh Maybank untuk pembelian ASB, sudah pasti saya tidak dapat menikmati dividen ASB sebanyak itu.

Beliau turut memperlekehkan bapa saya dengan katanya jika bapa saya menabung sebanyak RM120 selama 36 bulan di ASB, sudah pasti jumlah dividen yang saya peroleh tidak sebanyak itu.

Malah beliau turut memperkecilkan saya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang perbankan berbanding dirinya yang sudah 28 tahun bekerja dalam bidang itu.

Pengurus tersebut dengan angkuh mencabar saya melaporkan kerugian yang saya tanggung kepada Tribunal Tuntutan Pengguna atau kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maybank.

Justeru, saya menuntut pengurus bank terbabit memohon maaf dan menanggung semua kerugian yang saya tanggung akibat kecuaian pegawainya.

2 comments:

  1. Maaf kenara kelakuan dan servis yang kurang memuaskan. Sila hantarkan butir2 anda kepada CFM@maybank.com.my dan kami akan siasat dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  2. Buat malu maybank jee.. name je gah tapi sevis teruk.. tukar bank lain lagi bagus.. cuba cimb bank..rhb bank..

    ReplyDelete