Dipenjara miliki MyKad palsu
Wartawan Sinar Harian
21 April 2012
AYER KEROH – Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang buruh selepas dia mengaku bersalah memiliki MyKad palsu.
Kasim Gidin, 42, dari Sulawesi, Indonesia, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Dia didakwa memiliki MyKad mengandungi maklumat palsu tertera nombor 690822-71-5277 (8570927) atas namanya yang beralamat di Kampung Bumiputera Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 13 April lalu.
Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007).
No comments:
Post a Comment