Bayar RM42 pesara tentera dapat sebuah Viva
MELAKA 18 April - Seorang pesara tentera udara, Hasnol Baba, 53, tidak menyangka dengan hanya membayar cukai tanah sebanyak RM42 membolehkannya memenangi sebuah kereta Perodua Viva semalam.
Kegembiraannya bertambah apabila berita gembira tentang kemenangannya diterima menerusi surat pada hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-29, 13 April lalu.
"Dengan menawarkan hadiah sebegini, dapat menggalakkan lebih ramai pembayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka.
"Ia secara tidak langsung mengajar kita agar tidak bertangguh dalam urusan pembayaran cukai," katanya.
Replika kunci kereta disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada Program Bertemu Pelanggan, Karnival Hijau dan Melaka 750 Tahun di Wisma Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.
Turut meraikan kemenangan itu ialah isterinya, Jamaliah Saffar, 50, dan cucunya, Muhamad Aiman Hakim, 4.
No comments:
Post a Comment