Bersilat 24 jam tanpa henti
17 April 2012
Majlis anjuran Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak itu turut dicatatkan dalam Guinness World of Records.
Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, aktiviti itu bermula sejak jam 9 pagi Sabtu hingga 9 pagi Ahad dengan iringan kumpulan gendang yang turut mencatat nama dalam Guinness World of Records.
Menurutnya, pencapaian membanggakan itu juga adalah tanda sokongan semua ahli seni mempertahankan diri daripada pelbagai bangsa yang menjayakan bersama program itu.
“Saya juga cukup berbangga dengan pencapaian pesilat Pertubuhan seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) kerana tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini termasuk pesilat berumur tiga dan enam tahun yang menyertainya,” katanya.
Kata beliau, kejayaan itu sekali gus memecahkan rekod PPSLM yang dilakukan tahun lalu iaitu bersilat selama 10 jam di Taman Tasik Titiwangsa.
Jelasnya, perhimpunan itu disertai lebih 400 ahli mempertahankan diri pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.
Empat guru silat maut, 5 lagi cedera dalam nahas van
ReplyDelete21/03/2011 10:42am
Oleh SAFINA RAMLI
PENDANG 21 Mac – Empat guru silat maut, manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah van kira kira pukul 3.30 awal pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh ialah Ahmad Ismail , 60-an, Johari Darus, 65, Jumaat @ Saad Mat Akhir, 65, dan Sudin Deris, 65.
Mangsa-mangsa yang cedera pula dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. – Utusan