Saturday, April 21, 2012

pinjam xpayah bayar dari blog kajee

Saturday, April 21, 2012

BOLEH PINJAM PTPTN TANPA BAYAR BALIK. CAMNER?


Nadia masa terima diploma dulu


Masih lagi berbicara mengenai topik PTPTN. Kali ini Kjee nak ajar (ewah) semua, tak kisah mahasiswa, bakal mahasiswa dan jugak ibu bapa, mengenai cara2 untuk belajar dengan pinjaman PTPTN dan TIDAK PERLU BAYAR balik selepas tamat pengajian nanti.




Anak Kjee (itulah contoh terdekat bukan nak berlagak memberitahu semua yang Kjee ada anak masuk Uni), tidak memohon pinjaman PTPTN ketika dia mengambil diploma dulu. Pembelajarannya menerusi biasiswa FAMA atau panjangnya Father Mama scholarship.

Masa dia amik diploma, fees dia tak mahal sangat iaitu kalau tak silap Kjee tak sampai RM15,000. Masa itu Kjee meniaga.. Bukan meniaga juta2 tetapi meniaga kat gerai sahaja. So, mampu tak mampu, Kjee keluarkanlah jugak duit kerana Kjee tidak mahu membebankannya dengan pinjaman yang banyak sekiranya dia sambung belajar ke peringkat ijazah.

Apabila dia mendapat keputusan cemerlang dan menyatakan hasratnya untuk terus belajar, barulah dia buat pinjaman PTPTN. Kalau untuk diploma, Nadia mengambil kursus Hotel Management, tetapi apabila mengejar ijazah, dia memilih Bachelor in Islamic Banking and Finance. Beza macam langit dengan bumi dengan apa yang dia belajar untuk diploma dulu.

Untuk kursus itu, Nadia perlu cari wang sebanyak lebih kurang RM45,000. Mana nak cekau. Kjee pulak dah tak meniaga. So dia tak ada pilihan melainkan meminjam PTPTN. Khabarnya, setelah tamat pengajian, dia harus bayar lebih kurang RM350 sebulan selama 15 tahun!

Masa Kjee meniaga dulu, ada seorang customer muda yang seringakali makan di gerai Kjee. Namanya E-dot. Dia anak orang senang tetapi dia tetap mengambil pinjaman PTPTN kerana tidak mahu berterusan menyusahkan ibu dan ayahnya.

E-dot kalau tidak silap Kjee, membayar RM500 sebulan untuk pinjaman yang dia ambil hampir RM60,000 (kursus Engineering). Kjee tanya dia kenapa dia bayar balik pinjaman setelah dia sudah tamat pengajian? Masa itu (kira-kira 4 tahun lalu), ramai peminjam ngelat dan cuba lari daripada membayar.

"Maaf Aunty. Saya akan bayar balik setiap sen yang saya pinjam. Saya tidak mahu menyusahkan bakal peminjam. Kalau saya bayar balik, adalah peluang pelajar lain menikmati pinjaman untuk belajar," kata E-dot.

Sebak Kjee mendengar kata2 E-dot. Ini cerita benar bukan rekaan. kalau korang mahu nombor telefonnya, Kjee boleh beri...dengan izinnya.

Well berbalik kepada Nadia. Dia bisik pada Kjee, seandainya ada kemampuan dan dengan izin Allah swt, dia mahu berusaha tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN selepas tamat pengajian dan sudah bekerja.

Terbeliak mata Kjee dengar kata2 Nadia.

"Kamu jangan nak menyusahkan papa kamu!! Dia yang jadi guarantor. Kamu tak bayar, macam mana papa nak bayar?!!" bentak Kjee.

Nadia sengih.

"Ada cara Mama. Nadia berjanji...Nadia akan belajar bersungguh2 dan cuba mendapatkan First Class Honours! Kalau dapat, Insya Allah, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa! Tak perlu bayar balik. It's not going to be easy but tolonglah doakan untuk Nadia," katanya.

Kjee menarik nafas yang panjang! Tak sangka anak yang Kjee bela dari sebesar tapak tangan sekarang buat Kjee menangis dan ketawa at the same time!

Susah ke nak dapat First Class Honours?

"Susah sangat2 Mama. Tapi kalau belajar bersungguh2, lupakan kehidupan sosial dan berlibur buat jangka masa tiga tahun lebih, Insya Allah bukan Nadia sahaja mampu mencapainya tetapi Nadia yakin ramai boleh menggengam sekalung Ijazah dengan First Class Honours," kata Nadia.

Oh itu ke caranya? Tak susah sangatlah rupanya kalau nak belajar free kan!! So apa ke jadah budak2 Uni tu buat demonstrasi suruh hapuskan PTPTN?

Hmmm sendiri mahu ingatlah! Mereka dah tahu pinjaman harus dibayar sebab masa belajar main2. Setiap sem, CGPA makin jatuh. Macam mana nak capai CGPA 3.75 keatas (kalau tak silap), kalau asyik sibuk babitkan diri dengan kegiatan2 yang tidak menjurus kepada pelajaran. 

So langkah paling mudah, join penghasut negara buat demonstrasi hapuskan pinjaman PTPTN. Bila dah gagal, tak payahlah bayar. Cerdik ke macam ni? Sepatutnya PTPTN itu amik contoh AhLong atau Loan Sharks. Tak bayar, potong tangan!!! Oppssss.

NOTA:

Daripada 11,764 Pelajar yang dikecualikan pembayaran semula PTPTN kerana pandai dan keputusan cemerlang, pecahannya adalah seperti berikut. Pelajar Melayu yang mencapai keputusan cemerlang hanya 2387 orang berbanding Pelajar Cina berjumlah 8818 orang dan Pelajar India hanya 456 orang.

Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment