Tuesday, January 18, 2011

Budak Merayau Dikembalikan

Budak merayau seorang diri diserah kepada keluarga

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ditemui merayau seorang diri di Taman Damai Perdana di sini malam tadi, diserahkan kepada keluarganya hari ini.

Hasil pendedahan akhbar tempatan hari ini yang menyiarkan berita penemuan Siti Aishah Bastian, seorang pembaca yang mengenali kanak-kanak itu menghubungi polis.

Siti Aishah ditemui merayau selepas dia dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Sungai Besi Indah di sini seorang diri sebelum ditemui orang awam kira-kira pukul 9 malam tadi.

Seorang guru disiplin murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah yang mengenali kanak- kanak itu, memaklumkan berita terbabit kepada guru besarnya, Seti Sabariah Naim, 56, yang kemudian menghubungi polis.

Seti Sabariah berkata, pihaknya berjaya menghubungi ibu Siti Aishah sebelum membawanya ke balai polis untuk menjemput anak sulung daripada dua beradik itu.

"Ketika ditemui, Siti Aishah banyak mendiamkan diri dan hanya menahan air mata ketika ibunya hadir," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita tentang Siti Aishah yang ditemui merayau dalam keadaan lemah dan keliru di kawasan Taman Sungai Besi Indah.

Dia dikatakan berjalan kaki dari rumahnya di Sungai Besi ke Cheras sebelum diserahkan kepada polis yang seterusnya membawa kanak-kanak tersebut berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan, kehilangan Siti Aishah bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini dia dan adik lelakinya berusia tujuh tahun pernah ditemui orang ramai merayau di pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob memberitahu, kerjasama pihak berkuasa dan media seperti ini dapat membantu menyelesaikan kes- kes orang hilang.

TAJUK-TAJUK BE

No comments:

Post a Comment