Monday, January 17, 2011

Putera Cina


Kembar teruskan tradisi keluarga sertai MTD

YIE YANG (kiri) dan Yie Hong bangga menunjukkan buku Panduan Putera selepas mendaftar sebagai pelajar MTD di Sungai Besi semalam.

KUALA LUMPUR - Pasangan kembar Hwong Yie Hong dan Hwong Yong Hong meneruskan tradisi keluarga untuk menjejaki langkah abang, bapa dan kembar bapa mereka memasuki sekolah berasrama penuh yang menekankan elemen ketenteraan iaitu Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Sungai Besi.

Kembar itu yang masing-masing mendapat 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah antara 39 pelajar bukan Bumiputera daripada 252 pelajar yang mendaftar ke tingkatan empat di maktab itu semalam.

"Kami mendaftar di sini kerana minat dan ingin mendisiplinkan diri serta belajar untuk berdikari. Keluarga kami juga memberikan galakan,'' kata Yie Hong kepada pemberita semasa ditemui ketika mendaftar di maktab itu.

No comments:

Post a Comment