Sunday, January 16, 2011

Cacatkan Budak


Sindiket pengemis cacatkan budak


SEORANG pengemis yang kudung kakinya di Dhaka, Bangladesh dalam gambar fail 2004. - AFP

DHAKA 15 Jan. - Pihak berkuasa Bangladesh menangkap ketua kumpulan yang dipercayai bertanggungjawab memotong anggota badan kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah.

Pegawai Batalion Tindakan Pantas Polis, Kolonel Zia Ahsan berkata, Omar Faruq, 30, ditangkap di sebuah kawasan pinggir bandar raya Dhaka semalam.

''Dia mengaku yang kumpulannya memotong anggota badan sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dan memaksa mereka meminta sedekah di Dhaka serta beberapa bandar lain. Mereka juga merogol gadis dan memaksa mereka melacurkan diri,'' katanya kepada AFP.

Beliau berkata, kanak-kanak cacat tersebut disewakan sehingga 400 taka (RM18.60) sehari kepada wanita yang akan membawa mereka meminta sedekah di persimpangan jalan yang sibuk.

''Wanita-wanita berkenaan bertugas sebagai pengawal dan menyamar sebagai ibu kanak-kanak terlibat'' ujarnya.

Pasukan keselamatan elit tersebut dimaklumkan mengenai aktiviti kumpulan itu selepas anggota Faruq dipercayai memotong kemaluan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Neyamul dan dilaporkan oleh ayah kanak-kanak itu kepada kepada kumpulan hak asasi tempatan. - AFP

No comments:

Post a Comment